Nuffnang

Sunday 27 November 2011

Mayat Lelaki Ditemui Tergantung...


BUKIT MERTAJAM - Tindakan seorang lelaki yang memotong dawai elektrik di sebuah rumah kosong di Jalan Baru Perai, Kawasan Bukit Tengah, di sini membawa padah apabila dia ditemui mati tergantung di atas siling rumah berkenaan pagi semalam.
Mayat mangsa yang dipercayai warga tempatan itu ditemui kira-kira jam 11 pagi oleh seorang kontraktor binaan sebaik memulakan kerja-kerja ubah suai rumah itu.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Asisten Komisioner Azman Abd Lah berkata, kejadian itu disedari kontraktor berkenaan selepas terhidu bau busuk dari arah ruang tamu.
Katanya, pengadu tercari-cari dari mana arahnya datang bau itu dan dia terkejut apabila melihat sekujur tubuh kaku di atas siling dalam keadaan darah menitis di lantai kayu rumah yang dibina di tanah lot itu.
“Siasatan awal polis mendapati, mangsa dipercayai cuba memecah masuk bumbung kediaman yang tiada berpenghuni itu untuk mencuri dawai elektrik yang disimpan di dalam rumah.
“Kita juga menemui sebilah playar berhampiran mayatnya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Azman berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Bukit Mertajam untuk dibedah siasat dan mengenal pasti punca serta tempoh kematiannya.

2 comments:

Izzati Tatie said...

ya Allah ! mati mcmtu jer..sia2

zely1982 said...

nk wak cmne org melayu zmn lening...insafla...