Nuffnang

Wednesday 30 November 2011

Cerita Seorang Pemandu Teksi...


AKIBAT MENCIUM SEORANG NURSE

      Seorang Nurse menahan teksi dan terus menaiki teksi tersebut..Sedang dalam perjalanan… Pemandu teksi iaitu Feddy asyik memerhati Nurse itu melalui cermin tengahnya..Merasa kehairanan…
     Nurse itu bertanya….“ Encik, kenapa encik melihat saya begitu ??” Feddy tersenyum malu dan berkata… " Sebenarnya… saya selalu berfantasi….maaf ya… saya sangat ingin mencium seorang Nurse…”
      “Oh begitu!! tak der masalah… encik boleh mencium saya.. kalau itu memang memberikan ketenangan buat encik… tapi saya ada syarat iaitu encik mesti masih single” kata Nurse…Feddy gembira dan berkata…“iya…iya, saya masih single”.
      Kemudian teksi itu diberhentikan di jalan sepi… Feddy terus mencium Nurse itu selama 10 minit… kemudian mereka pun meneruskan perjalanan kembali.
      Tapi feddy menangis teresak-esak sambil berkata…“ Maafkan saya cik… saya merasa bersalah… sebenarnya saya sudah berkahwin ”. Mendengar penerangan itu Ratna tersenyum bijak dan berkata…“ Sudahlah encik… tidak ada apa-apa yang perlu di bimbangkan… Saya juga bersalah. Saya juga bukanlah seorang Nurse… saya adalah seorang Mak Nyah yang kebetulan dalam perjalanan menuju ke pesta pakaian beragam”....

Tuesday 29 November 2011

Tarian Poco-Poco Haram – Mufti Perak...


Jabatan Mufti negeri Perak telah mengeluarkan surat pekeliling mengatakan bahawa tarian poco-poco ( kini popular sebagai satu senaman ) diharamkan. Anda boleh baca surat pekeliling tersebut kat bawah ni.
TARIAN POCO-POCO HARAM

Monday 28 November 2011

Membersihkan Harta Haram...


Adakah Harta Haram Dapat Dibersihkan Dengan Mengeluarkan Zakat?


     Syarat wajib zakat atas Muslim adalah memiliki harta itu dengan sah dari sudut Islam dan dikeluarkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah.

     Namun, zakat tidak boleh menyucikan harta yang haram kerana pemilikan harta yang haram tidak sah di sisi Islam. Ia juga wang kotor pada tangan si pelaku dosa tersebut. Jadi, zakat hanya boleh dikeluarkan hasil daripada pendapatan yang halal. Dengan mengeluarkan zakat, ia boleh menambahkan berkat bagi harta yang didapati dengan cara yang halal.

      Ulama bersepakat bahawa tiada zakat atas harta haram tetapi yang perlu adalah dengan melupuskannya.

Sunday 27 November 2011

Bunuh Abang Sendiri Petang Semalam...Apa Nak Jadi?


KUALA LUMPUR - Akibat perselisihan faham, nyawa seorang abang melayang di tangan adik lelakinya sendiri disaksikan ibu bapa mereka di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya dekat sini petang semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 6 petang melibatkan adik beradik berumur 21 dan 28 tahun itu yang bertengkar di ruang tamu sehingga suspek nekad mengambil pisau pemotong sayur di dapur dan menikam abangnya.


Akibat tikaman di anggota badannya, suspek cedera parah dan segera dibawa ke wad kecemasan Pusat Perubatan Universiti Malaya sebelum disahkan mati dua jam kemudian.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamad ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata motif kejadian sedang disiasat.

Jom Futsal.....

Futsal memiliki peranan penting bagi perkembangan bakat pemain bola sepak. Contoh nyata seperti pemain bola Brazil. Sebagian besar pemain top Brazil bermain futsal di masa kecilnya. Seperti Ronaldinho, Pele, Zico, Socrates, dan Bebeto. Berkat bermain futsal mereka memiliki kelincahan dan kepantasan yang sangat bagus di rumput futsal.

Jika dibandingkan dengan bola sepak, peraturan di Futsal jauh lebih ketat. Pemain dilarang melakukan sliding tackle ( peteh dari belakang ) dan body charge ( benturan badan ), jadi pemain futsal boleh bermain dengan tekniknya tanpa takut dicederakan oleh pihak lawan.

Ada beberapa faktor yang membantu pemain dalam mengembangkan kemampuan teknik bermain bola yang baik:-

- Kecerdasan.

- Keahlian Teknik.

- Kepantasan.

- Hiburan.

Oleh itu, jom main FUTSAL!

Ibu Mati Dikelar Anak Lelaki Dalam Rumah...

 
KUALA LUMPUR - Seorang ibu berusia 75 tahun mati selepas lehernya dikelar dengan pisau oleh anak lelakinya yang dipercayai mengidap penyakit mental di rumah mereka di Taman Bukit Serdang, dekat sini, hari ini.
 
Ketua Polis Daerah Serdang Supt Abdul Razak Elias berkata dalam kejadian kira-kira 10.45 pagi tadi, warga emas itu (nama enggan diberi polis) mati di tempat kejadian manakala anaknya berusia 35 tahun itu pula cedera parah di leher akibat cubaan untuk menyembelih dirinya sendiri.

"Kejadian disedari seorang anak perempuan mangsa yang kebetulan datang ke rumah itu dan menemui ibunya terbaring di tilamnya di ruang tamu rumah tiga tingkat itu. Suspek pula sempat menyambut kakaknya yang hadir itu sebelum terjatuh akibat pendarahan di leher. Kakak suspek kemudian segera membawanya ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan lanjut dan kami difahamkan suspek kini tenat," katanya di tempat kejadian di sini.

Beliau berkata tiada kesan pergelutan di rumah itu dan pihak forensik menemui pisau dengan kesan darah, yang dipercaya digunakan suspek, di atas meja kop.

Abdul Razak berkata polis percaya mangsa dikelar sekali sebelum suspek cuba menyembelih dirinya sendiri lebih dari satu percubaan.

Menurutnya mangsa, yang sakit tua, dijaga suspek yang merupakan anak keenam dari lapan beradik.

"Kami juga diberitahu bahawa suspek sudah lama mengidap penyakit mental dan pernah cuba membunuh diri sendiri dua bulan lepas dengan kelar tangannya," katanya.

Beliau berkata mayat warga emas itu dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mayat Lelaki Ditemui Tergantung...


BUKIT MERTAJAM - Tindakan seorang lelaki yang memotong dawai elektrik di sebuah rumah kosong di Jalan Baru Perai, Kawasan Bukit Tengah, di sini membawa padah apabila dia ditemui mati tergantung di atas siling rumah berkenaan pagi semalam.
Mayat mangsa yang dipercayai warga tempatan itu ditemui kira-kira jam 11 pagi oleh seorang kontraktor binaan sebaik memulakan kerja-kerja ubah suai rumah itu.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Asisten Komisioner Azman Abd Lah berkata, kejadian itu disedari kontraktor berkenaan selepas terhidu bau busuk dari arah ruang tamu.
Katanya, pengadu tercari-cari dari mana arahnya datang bau itu dan dia terkejut apabila melihat sekujur tubuh kaku di atas siling dalam keadaan darah menitis di lantai kayu rumah yang dibina di tanah lot itu.
“Siasatan awal polis mendapati, mangsa dipercayai cuba memecah masuk bumbung kediaman yang tiada berpenghuni itu untuk mencuri dawai elektrik yang disimpan di dalam rumah.
“Kita juga menemui sebilah playar berhampiran mayatnya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Azman berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Bukit Mertajam untuk dibedah siasat dan mengenal pasti punca serta tempoh kematiannya.

Video Gajah di Tasik Kenyir...



Kawan-Kawan...
Inilah Video Gajah di Tasik Kenyir...
Sama-Sama Saksikan...

Pokok Pisang Macam Ibu Mengandung...

Pokok pisang macam ibu mengandung’

















FELDA SUNGAI KELAMAH - Seorang peneroka yang tertanya-tanya berkenaan batang pokok pisang di belakang rumahnya apabila dikatakan seperti ibu mengandung akhirnya berasa lega apabila mendapati terdapat buah pisang yang keluar dari celah batang berkenaan.

Peneroka berkenaan, Shamsudin Baharom, 59, berkata, dia menunggu hampir dua bulan untuk melihat sendiri isi yang terdapat di dalam batang pokok pisang jenis pisang susu itu kerana belum pernah lagi kejadian seperti itu berlaku di Felda berkenaan.

Menurutnya, sejak awal tahun lalu, pisang dari jenis tandan yang sama telah menunjukkan keanehan apabila jantungnya tumbuh menghala ke atas dan bukannya seperti biasa ke bawah.

“Jadi bila saya sedar terdapat kelainan kali ketiga pada pokok pisang ini saya tidak sabar untuk melihat hasilnya dan sebaik sahaja batang pisang ini merekah, buahnya terus keluar dan bukannya jantung pisang seperti biasa,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, sepanjang lebih 30 tahun dia menetap di situ, dia tidak pernah melihat keanehan seperti ini dan ada antara rakannya menyatakan tuah bakal mengiringinya.

“Saya tidak berharap sangat, cuma saya ingin kongsi keanehan pokok pisang ini sahaja,” katanya.

Berita Apa Menarik Hari Ini?

Salam...
Kawan-Kawanku Sekalian...
Berita Apa Yang Menarik Hari Ini?
Kita Sama-Sama Kongsi...

Saturday 26 November 2011

Cuti Anggota & Pegawai Polis di Terengganu Dibekukan...

SETIU - Cuti seramai 3,200 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia ( PDRM ) negeri Terengganu telah dibekukan bagi membolehkan mereka memberikan khidmat sepanjang musim tengkujuh yang sedang berlaku sekarang.
    
Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa berkata penguatkuasaan pembekuan cuti itu bermula Isnin lalu.
    
“Pembekuan cuti melibatkan semua jabatan PDRM dan akan ditamatkan sebaik sahaja musim tengkujuh berakhir serta banjir pulih seperti biasa,” katanya kepada pemberita semasa melawat mangsa banjir di Kampung Permaisuri di sini.
  
 Menurut Jamshah, pihaknya telah bersiap sedia untuk mengerahkan keseluruhan tenaga anggota bagi membantu mangsa.

Doa Awal Muharram...

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah

Doa Akhir Tahun. Dibaca 3 kali pada penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib.

doa-akhir-tahun

Doa Awal Tahun. Dibaca sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib.

doa-awal-tahun

Friday 25 November 2011

Awas : Ade Orang Letak Minyak Atas Lebuhraya LPT...



Salam....

Perhatian kepada semua pengguna Lebuhraya Pantai Timur ( LPT )...

Anda dinasihatkan supaya pandu kenderaan dengan perlahan pada musim hujan di  tempat bermula Karak ke Gombak @ Gombak ke Karak dan bermula dari Karak ke Bentong @ Bentong ke Karak kerana ada pihak yang tidak bertanggungjawab dengan melakukan khianat meletakkan minyak di atas jalan raya...

Kawasan tersebut  adalah di area SUNGAI DUA...

Petang semalam 15 buah kereta berpusing & hilang kawalan..Minta tolong sebarkan kepada saudara & sahabat...

Awas ye...Berjaga-jaga dengan kelajuan kereta dan motosikal anda...

Thursday 24 November 2011

SEPOHON KAYU...



Sepohon kayu daunnya rimbun
Lebat bunganya serta buahnya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya

Kami berkerja sehari-hari
Untuk belanja rumah sendiri
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya

Kami sembahyang fardhu sembahyang
Sunat pun ada bukan sebarang
Supaya Allah menjadi sayang
Kami berkerja hatilah riang
Supaya Allah menjadi sayang
Kami berkerja hatilah riang

Sepohon kayu daunnya rimbun
Lebat bunganya serta buahnya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya

Kami sembahyang limalah waktu
Siang dan malam sudahlah tentu
Hidup di kubur yatim piatu
Tinggallah seorang dipukul dipalu
Hidup di kubur yatim piatu
Tinggallah seorang dipukul dipalu

Dipukul dipalu sehari-hari
Barulah ia sedarkan diri
Hidup di dunia tiada bererti
Akhirat di sana sangatlah rugi
Hidup di dunia tiada bererti
Akhirat di sana sangatlah rugi

Sepohon kayu daunnya rimbun
Lebat bunganya serta buahnya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya

Sepohon kayu daunnya rimbun
Lebat bunganya serta buahnya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya...

Wednesday 23 November 2011

BANJIR DI TERENGGANU...

MANGSA BANJIR DI TERENGGANU MENINGKAT 3 KALI GANDA


KUALA TERENGGANU 23 Nov. - Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus meningkat melebihi tiga kali ganda berbanding petang semalam apabila 1,406 mangsa daripada 342 keluarga dipindahkan sehingga pukul 8.38 pagi ini.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu berkata, jumlah itu bertambah sebanyak 1,033 orang berbanding hanya 373 mangsa sehingga petang semalam dengan 18 pusat pemindahan dibuka hari ini berbanding hanya 8 semalam.

Setiu mencatatkan pertambahan mangsa paling ramai apabila 671 orang daripada 168 keluarga dipindahkan manakala di Besut seramai 520 orang daripada 120 keluarga dipindahkan.

Daerah Hulu Terengganu juga mencatatkan pertambahan jumlah mangsa apabila 175 orang daripada 54 keluarga dipindahkan pagi ini berbanding hanya 83 mangsa semalam.

Angin Ribut Yang Kuat...

Awal Pagi 23 November 2011...
Lebih Kurang Jam 1.00 Pagi...
Angin Bertiup Sangat Kencang...
Di Sekitar Batu Rakit...
Adakah Situasi Sama...
Berlaku Di Tempat Lain?
Apakah Yang Terjadi Di Luar Sana?
Masing-Masing Memikirkan...
Adakah Ada Harta Benda...
Yang Dipukul Ribut...
Ataupun Tidak Berlaku Apa-Apa...
Apa-Apa Pun Semua Yang Berlaku...
Adalah Ketentuan Allah S.W.T...
Kita Semua Kena Terima...
Dengan Seadanya...

Tuesday 22 November 2011

Pelajar Malaysia di Indonesia Diugut Bunuh...

Kalah bola, pelajar Malaysia di Indonesia diugut bunuh

Pahitnya untuk menelan kekalahan pasukan Garuda Muda di tangan pasukan Harimau Muda pada pertandingan akhir bola sepak Sukan SEA 2011 di Stadium Utama, Gelora Bung Karno di sini malam tadi telah menyebabkan ada pihak menghantar ugutan bunuh terhadap pelajar Malaysia di Indonesia.
    
Ugutan itu yang disebarkan malam tadi melalui pengguna twitter @hikmat_maswara kepada akaun twitter sebahagian besar artis Malaysia selepas keputusan sepakan penalti menentukan Malaysia menang berbunyi: "Tomorrow I will kill Malaysia student at the University of Padjadjaran" di Jatinangor, Bandung.
    
Setelah mendapat kecaman, pengguna twitter itu telah memohon maaf atas tulisannya itu, namun pihak Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia tidak memandang ringan ugutan berkenaan dan telah membuat laporan polis berkaitan perkara itu.
    
Atase Pendidikan, yang juga Setiausaha I (Pendidikan) Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia, Ludinata Misnun berkata twitter mengandungi ugutan itu telah tersebar luas di Malaysia.
    
"Selepas mendapat kecaman daripada pelbagai pihak, @hikmat_maswara telah memohon maaf di twitternya dan memaklumkan beliau tidak berniat untuk membunuh tetapi didasarkan rasa kecewanya atas kekalahan pasukan Indonesia kepada Malaysia dalam pertandingan akhir itu," katanya di sini Selasa," katanya.

Ludinata berkata pimpinan PKPMI di Bandung telah membuat laporan polis pada pagi tadi di Jatinangor dan polis memberi jaminan akan menyiasat kes itu.
    
Pada masa yang sama Education Malaysia (EM) Indonesia dengan kerjasama Atase Polis dan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta akan memanjangkan perkara ini kepada Ibu Pejabat Polsi Indonesia untuk tindakan selanjutnya.
    
"Saya juga telah menghubungi Rektor Universitas Padjadjaran, Bandung bagi meminta bantuan dan kerjasama universiti untuk memastikan keselamatan mahasiswa Malaysia di Universiti Padjadjaran, Bandung," katanya.
    
Berikutan kes itu, EM Indonesia katanya telah meningkatkan pemantauan mahasiswa Malaysia di Bandung dan seluruh Indonesia.
    
Pada masa ini, ada 1,005 pelajar Malaysia menuntut di Universiti Padjajaran, iaitu mewakili sebahagian besar daripada sejumlah 1,148 pelajar Malaysia yang menuntut di institusi pendidikan tinggi sekitar Kota Bandung pada masa ini.

Apa Ubat Sakit Kepala?

Apa Ubat Yang Cepat Melegakan Sakit Kepala?
Adakah Minyak Angin Cap Kapak?
Ataupun Minyak Mestika?
Yang Mana 1?

Pergi Takkan Kembali Lagi.....



Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi...

Nama Apa Haiwan Ini?


Macam-Macam Haiwan Yang Pelik...
Atas Dunia Ni...
Yang Kita Tak Pernah Jumpa...
Yang Kita Tak Pernah Tengok...
Maha Suci Allah...
Yang Telah Menciptakan Semua Makhluk...
Yang Bernyawa & Tidak Bernyawa...
Jadi Apakah Haiwan Ini?
Pelik Tapi Benar...

Semua Ok, Baik & Bagus...So Good.....

Dalam Hidup Ini...
Semua Benda & Sesuatu...
Kita Nak Yang Tebaik...
Baik Dari Segi Akidah...
Baik Dari Segi Akhlak...
Baik Dari Segi Tingkah Laku...
Baik Dari Apa-Apa Saja...
Yang Berlandaskan Agama Islam...
Ingatlah...
Buat Yang Terbaik Daripada Diri Kita...
Demi Agama Kita.....
So Good..........

Badroll Pencipta...Apek Penyelamat...

Harimau Muda...
Kami Bangga Dengan Kejayaanmu...
Dengan Penuh Keringat...
Dan Penat Lelah...
Berhempas Pulas...
Melawan Pihak Lawan...
Hingga Ke Titisan Peluh Yang Terakhir...
Kau Menang Juga...
Badroll!
Kami Kenang Umpananmu...
Menghasilkan Gol Oleh Asra...
Walaupun Banyak Cubaan...
Daripada Fakri Kecundang...
Dengan Kekebalan Apek...
Dapat Menyelamatkan Pintu Gol...
Daripada Dibolosi Oleh Pihak Lawan...
Syabas Harimau Malaya...
EMAS Untuk Malaysia...

MALAYSIA BOLEH!

Bil Celcom Tiba-Tiba Melambung...


Bil Telefon Mencecah RM286.00...
Apabila Disemak Dengan Pihak Celcom...
Mereka Mengatakan Ada Guna Internet...
Sedangkan Masa Tersebut Pukul 7.39 Pagi...
Itu Waktu Aku Ade Program...
Mustahil Masa Tersebut Aku Melayari Internet...
Mereka Kata Aku Guna Internet 2000KB...
Charge Dikenakan RM100.00 Dalam Masa 1 Minit...
Pada Pukul 7.40 Pagi...
1 Minit Selepas 1 Minit Tadi Aku Dikenakan Charge...
Sebanyak RM100.00 Pula...
Kenapa Bil Telefon Tersebut Mencecah Begitu Rupa...
Sedangkan Aku Tak Layari Internet Pada Masa Tersebut...
Mereka Yang Berkenaan Cakap...
Kot-Kot Telefon Yang Saya Guna Ada Masalah Internet...
Jadi Camne Nak Tahu Puncanya...
Apabila Pergi ke Pihak Berkenaan...
Tak Dapat Kesan Lagi...
Semalam Aku Menerima Call...
Daripada Pihak Berkenaan...
Tetapi Mereka Mengatakan Tidak Dapat Kesan...
Panggilan Keluar Dah Kena Block...

Aku Kena Bayar Banyak Juga...
Nasib...Nasib..

Perlawanan Harimau Muda Bagi Kelayakan Olimpik 2012...

KEPULANGAN WIRA-WIRA NEGARA
Ketua Jurulatih Skuad Bolasepak Harimau Muda Ong Kim Swee dikerumuni pemberita ketika tiba di Lapangan Terbang Tambang Murah ( LCCT ). Turut kelihatan ialah Fadhli Shas, Khairul Fahmi Che Mat dan Badroll Bakhtiar.

Kepulangan Harimau Muda selepas menang dalam perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea ke-26. Malaysia menang menerusi penalti dengan keputusan 4-3 setelah seri 1-1 tamat masa tambahan 120 minit perlawanan.

Skuad Harimau Muda akan bertemu Syria pada esok Rabu 23 November di Stadium Nasional Bukit Jalil dalam perlawanan kelayakan Olimpik 2012. Seterusnya Malaysia akan menentang Bahrain pada hari Ahad 27 November di stadium yang sama.

Ejaan Jawi Baru...


Lada          لادا 
Tandas      تاندس
Tupai        توقاى    ( huruf ق ada 3 titik )

Monday 21 November 2011

Badrol Pencipta...Apek Penyelamat...

Harimau Muda...
Kami Bangga Dengan Kejayaanmu...
Dengan Penuh Keringat...
Dan Penat Lelah...
Berhempas Pulas...
Melawan Pihak Lawan...
Hingga Ke Titisan Peluh Yang Terakhir...
Kau Menang Juga...
Badroll!
Kami Kenang Umpananmu...
Menghasilkan Gol Oleh Asra...
Walaupun Banyak Cubaan...
Daripada Fakri Kecundang...
Dengan Kekebalan Apek...
Dapat Menyelamatkan Pintu Gol...
Daripada Dibolosi...
Syabas Harimau Malaya...
EMAS Untuk Malaysia...

MALAYSIA BOLEH!

Pengertian Politik...

Politik (Siasah)

Politik yang dalam Bahasa Arab disebut “Siasah”. Secara harfiyahnya dapat dimaksudkan sebagai mengurus, mengendali atau memimpin sebagaimana sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:

كَانُوْا بَنُوْا اِسْرَائِلَ يَسُوْيُهُمْ اَنْبَيَاءُ هُمْ

“Adapun Bani Israil dipimpin oleh para nabi mereka”.


Secara syarie pula politik (siasah) diertikan sebagai mengelola segala kepentingan rakyat terutamanya dalam ruang yang melingkupi negara atau masyarakat. Ia dilaksanakan dengan cara-cara yang dapat menjamin terealisasinya kemaslahatan umum dan menghindarkan segala macam kerugian dengan jalan yang tidak melanggar syariat Islamiyah melalui kaedah-kaedah asasinya, sekalipun tidak sejalan dengan pendapat para tokoh mujtahid.

Termasuk yang dimasukkan ke bidang politik (siasah) ialah hukum ahkam (juga perundangan) pemerintah, pengadilan, selok-belok kementerian, lembaga-lembaga pemerintah, urusan ketenteraan (termasuk kepolisan) dan sebagainya.

Antara seruan dakwah yang diperjuangkan dalam gerakan Ikhwanul Muslimin ialah berpolitik atau bersiyasah. Politik adalah antara sasaran dan tujun utama dalam pertubuhan ini. Malangnya kegopohan, kerakusan dan ditambah dengan kemuflisan tokoh mereka dalam ilmu-ilmu siyasah as-Syariyah dan asyik mempromosikan jenama politik masing-masing, ianya telah memberikan kesan yang negatif kepada pertubuhan ini dan kepada semua gerakan-gerakan yang pro Ikhwanul Muslimin di Mesir yang menjadi kubu gerakan ini dan di negara-negara yang lainnya. Kegiatan politik tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin pula telah dicemari dengan berbagai-bagai bentuk bid’ah yang disangka Islami, sama ada bid’ah ala Khawarij, neo Muktazilah atau sekular. Akibatnya, selain menimbulkan perpecahan ia juga memunculkan keganasan diberbagai-bagai negara, sama ada negara Islam atau negara kuffar.

Antara tokoh-tokoh mereka yang mencampur-adukkan antara siyasah as-syariyah (siyasah Islamiyah) dengan siyasah taghutiyah ialah Yusuf al-Qaradhawi yang meyamakan Islam dengan demokrasi, Muhammad al-Gahazali yang menganggap siyasah Isytirakiyah (sosialis) itu Islam dan Islam itu adalah sosialis dan laungan Hasan al-Bana yang menjadikan pemikiran sufisme dan ekonomi kapitalisme sebagai dasar pentarbiahan siasah yang diperjuangkannya.

Menurut hukum syara dan kesepakatan ahli limu, bahawa para pemimpin (Ulil Amri) yang mampu berijtihad untuk melakukan kebajikan politik (siyasah syariah) tidak terikat pada pendapat para imam terdahulu. Kerana kebajikan politik adalah usaha untuk mengwujudkan kepentingan umum (rakyat) yang tidak ditetapkan secara khusus oleh agama, sebaliknya hanya diberikan pendoman secara umum. Contohnya, penulisan al-Quran dalam satu mushaf pada masa Khalifatur Rasyidin. Semua catitan ayat-ayat al-Quran lainnya dibakar setelah mushaf sempurna ditulis. Perkara ini dilakukan berdasarkan prinsip kepentingan umum yang tidak melanggar hukum-hukum syara.

Ibnu Nujaim rahimahullah berkata:


“Politik (siyasah) secara syarie atau akli (akal), disepakati wajib hukumnya”,

Ini bermakna semua orang yang beriman terlibat dalam masalah siyasah. Lantaran masalah kehidupan manusia tidak akan berjalan dengan teratur tanpa adanya siyasah, pemimpin dan kepimpinan, sama ada pemimpin tersebut adil atau zalim, maka ada kebenarannya apa yang terungkap di dalam sebuah kata-kata hikmah yang telah menyebutkan:

“Sultan (pemimpin/pemerintah) yang zalim lebih baik dari pada kekacauan (huru-hara) yang berterusan (lantaran ketiadaan pemimpin)”.

Syeikhul Islam Imam Ibn Taimiyah rahimahullah berkata:

“Seseorang itu sewajarnya mengetahui bahawa mengurus (mengatur) persoalan kehidupan manusia merupakan kewajiban agama yang tertinggi, malah agama dan dunia tidak akan sempurna tanpa siyasah”.

Sememangnya manusia tidak berdaya mengurus kepentingan mereka dengan baik jika tidak dibantu dan bersatu di bawah satu daulah, satu siyasah dan seorang pemimpin atau pemerintah. Kewajipan amar makruf dan nahi mungkar tidak akan terlaksana dengan sempurna tanpa adanya kekuatan, tunjangan dan kerjasama melalui siyasah dan kepemimpinan (pemerintah).

Tetapi para tokoh Ikhwanul Muslimin mendidik para pengikutnya agar tidak mendampingi pemerintah dan tidak bekerjasama dengan pemerintah, kecuali ada tujuan-tujuan tertentu atau kerana muslihat. Sebaliknya mereka menubuhkan hizbi-hizbi untuk menggulingkan pemimpin yang ada dengan alasan tidak berhukum dengan hukum Allah.

Para ulama sewajarnya bersatu di bawah naungan pemimpin untuk membantu penguasa atau pemerintah beramar makruf dan nahi mungkar. Ulama dan pemerintah umpama mata wang yang tidak boleh dipisahkan walaupun sesebuah negara atau pemerintahan tersebut belum melaksanakan undang-undang Islam sepenuhnya. Dasar ini berbeza dengan prinsip pemikiran tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin terutamanya Sayid Qutub. Beliau mengkafirkan pemerintah selagi tidak berhukum dengan hukum Islam. Pengkafiran Sayid Qutub ternyata hanya beralasan dengan teori Tauhid Hakimiyah yang diwarisi dari pemikiran Khawarij berbaur dengan falsafah dan pemikiran Muktazilah.

Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah mencontohkan pendidikan (tarbiyah) yang terbaik untuk umatnya dalam mensikapi pemerintah. Baginda menjelaskan hakikat perkara ini dengan sabdanya:


اِنَّ السُّلْطَانَ ظِلُّ اللهَ فِى اْلاَرْضِ فَمَنْ اَهَانَهُ اَهَانَهُ اللهُ وَمَنْ اَكْرَمَهُ اَكْرَمَهُ الله
“Sesungguhnya seorang pemerintah itu adalah naungan Allah di bumi, sesiapa menghinanya maka Allah akan menghina dia dan sesiapa yang memuliakannya, nescaya Allah akan memuliakan dia”.


لا تَسُبُّوْا اُمَرَاءَكُمْ وَلاَ تَغِشُّوْهُمْ وَلاَ تَبْغَضُوْاهُمْ وَاتَّقُوْا الله وَاصْبِرُوْا فَاِنَّ اْلاَمْرَ قَرِيْبٌ

“Janganlah kamu mencela pemimpin-pemimpin kamu, janganlah kamu dengki kepada mereka dan janganlah kamu membenci mereka, bertakwalah kepada Allah dan bersabarlah, sesungguhnya perkaranya adalah dekat”.


Kewajipan setiap orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan Rasulnya untuk menegakkan Islam di setiap sudutnya, hanyalah mengambil contoh yang datangnya dari apa yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan bukannya dari Ikhwanul Muslimin. Sejak ditubuhkan Ikhwanul Muslimin tidak pernah berjaya dalam apapun perjuangan yang mereka perjuangkan kerana perjuangan dan dakwah mereka adalah demi menegakkan bendera sufi, siyasah, ekonomi, kesatuan, daulah dan berbagai-bagai falsafah aklani (bertunjangkan akal). Sebaliknya orang-orang yang beriman dan yang bermanhaj Salaf as-Soleh memula dan mengutamakan dakwah mereka dengan menegakkan bendera akidah tauhid, kemudian barulah hal-hal furu’iyah. Kerana tidak pernah ada seorangpun nabi atau rasul yang memulakan dakwah mereka dengan mendahulukan falsafah pemikiran, sufi, pluralisma agama, ekonomi, merebut daulah atau siyasah sehingga mengabai dan membiarkan berbagai-bagai jenis kesyirikan terus berleluasa.

Ketahuilah bahawa kesemua para nabi dan rasul memulakan dakwah mereka dengan seruan dakwah untuk menegakkan akidah tauhid dan memerangi segala bentuk kesyirikan sebagaimana yang dilakukan oleh para pendakwah yang bermanhaj Salaf as-Soleh dari dahulu sehingga ke hari kiamat, kerana itulah sebenarnya tujuan utama para nabi dan para rasul diutus kepada umatnya. Sebagaimana yang difirmankan oleh Allah ‘Azza wa-Jalla di dalam al-Quran:


وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ مِنْ رَّسُوْلٍ إِلاَّ نُوْحِيْ إِلَيْهِ أَنَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنَا فَاعْبُدُوْنِ

“Dan Kami tidak mengutus seorang rasulpun sebelum kamu, melainkan Kami wahyukan kepadanya bahawasanya tidak ada Tuhan (yang hak) melainkan Aku, maka sembahlah olehmu sekalian akan Aku”.


Semoga Allah Subhanahu wa-Ta’ala sentiasa memberkati kita semua dan mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat, diberi ilmu yang bermanfaat agar tidak menjadi golongan muflisin, diselamatkan dari berbagai-bagai bid’ah dan kesyirikan. Dan mudah-mudahan juga kita semua dimatikan dalam keadaan husnul khatimah.
Amin......

Sunday 20 November 2011

Hari Pertama Interaksi Ke 3 IPG...


Hari Ini 20 November 2011...
Aku dan Kawan-Kawan...
Mendaftarkan Diri...
Untuk Mengikuti Interaksi Ke 3...
Program Yang Kami Ikuti...
Untuk Kali Ini...
Beberapa Projek Yang Kena Siapkan...
Sepanjang Interaksi Kali Ini...
Antaranya...
Kami Dikehendaki...
Membuat Satu Pertandingan Bola Tampar...
Antara Kami Semua...
Apa-Apa Pun...
Kepada Semua Kawan di IPG...
Buatlah Sehabis Baik...

Patutkah Buat Surat Aduan?

 
Bil Telefon Mencecah RM286.00...
Apabila Disemak Dengan Pihak Celcom...
Mereka Mengatakan Ada Guna Internet...
Sedangkan Masa Tersebut Pukul 7.39 Pagi...
Itu Waktu Aku Ade Program...
Mustahil Masa Tersebut Aku Melayari Internet...
Mereka Kata Aku Guna Internet 2000KB...
Dan Dikenakan Charge RM100.00 Dalam Masa 1 Minit...
Pada Pukul 7.40 Pagi...
1 Minit Selepas 1 Minit Tadi Aku Dikenakan Charge...
Sebanyak RM100.00 Pula...
Aku Buntu...
Kenapa Bil Telefon Tersebut Mencecah Begitu Rupa...
Sedangkan Aku Tak Layari Internet Pada Masa Tersebut...
Mereka Yang Berkenaan Cakap...
Kot-Kot Telefon Yang Saya Guna Ada Masalah Internet...
Jadi Camne Nak Tahu Puncanya...
Apabila Pergi ke Pihak Berkenaan...
Tak Dapat Kesan Lagi...
Semalam Aku Menerima Call...
Daripada Pihak Berkenaan...
Tetapi Mereka Mengatakan Tidak Dapat Kesan...
Panggilan Keluar Dah Kena Block...

Aku Kena Bayar Banyak Juga...
Ataukah Aku Kena Buat Aduan KPNKK?
Nasib...Nasib..

Friday 18 November 2011

I Love U All...

   


To My Wife & My Daughter...
I Love U All...
U All In My Heart Always...

Pihak Celcom Tidak Tahu Ape Yang Dilayari...

Bil Telefon Mencecah RM286.00...
Apabila Disemak Dengan Pihak Celcom...
Mereka Mengatakan Ada Guna Internet...
Sedangkan Masa Tersebut Pukul 7.39 Pagi...
Itu Waktu Aku Ade Program...
Mustahil Masa Tersebut Aku Melayari Internet...
Mereka Kata Aku Guna Internet 2000KB...
Charge Dikenakan RM100.00 Dalam Masa 1 Minit...
Pada Pukul 7.40 Pagi...
1 Minit Selepas 1 Minit Tadi Aku Dikenakan Charge...
Sebanyak RM100.00 Pula...
Aku Buntu...
Kenapa Bil Telefon Tersebut Mencecah Begitu Rupa...
Sedangkan Aku Tak Layari Internet Pada Masa Tersebut...
Mereka Yang Berkenaan Cakap...
Kot-Kot Telefon Yang Saya Guna Ada Masalah Internet...
Jadi Camne Nak Tahu Puncanya...
Apabila Pergi ke Pihak Berkenaan...
Tak Dapat Kesan Lagi...
Semalam Aku Menerima Call...
Daripada Pihak Berkenaan...
Tetapi Mereka Mengatakan Tidak Dapat Kesan...
Panggilan Keluar Dah Kena Block...

Aku Kena Bayar Banyak Juga...
Nasib...Nasib..

Thursday 17 November 2011

Mike Tyson...



Wahai Kaum Muslimim & Muslimat...
Sama-Sama Kita Lihat...
Siapakah Lelaki Ini...
Adakah Kita Semua Ingat?
Dialah Pemain Tinju...
Yang Pernah Kita Lihat Dalam TV...
Maha Suci Allah...
Mike Tyson Masuk Islam...
Jadi Kita Sama-Sama Selamatkan...
Muslimin & Muslimat Seluruh Negara...
Daripada Anasir-Anasir Luar...
Yang Memporak-Perandakan...
Ummat Islam Seluruh Dunia...

Bola Sepak Sukan Sea : Malaysia vs Indonesia...Apakah Kesudahannya?

      

Hari Ini Hari Penentuan...
Mampukah Team Malaysia...
Dapat Mengalahkan Team Indonesia...
Untuk Menempah Tiket...
Ke Separuh Akhir...
Bola Sepak Sukan Sea di Indonesia...
Kita Sama-Sama Saksikan...
Pada Malam Ini...
Sukan Yang Paling Ramai Penonton...
Mampukah Malaysia Mampu Bertahan...
Di Depan Penyokong-Penyokong Indonesia...
Dengan Sorakan & Ejekan...
Terhadap Pasukan Malaysia...
Sama-Sama Kita Tunggu...
Dan Sama-Sama Kita Saksikan...
Apakah Kesudahannya?