Nuffnang

Wednesday 23 November 2011

BANJIR DI TERENGGANU...

MANGSA BANJIR DI TERENGGANU MENINGKAT 3 KALI GANDA


KUALA TERENGGANU 23 Nov. - Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus meningkat melebihi tiga kali ganda berbanding petang semalam apabila 1,406 mangsa daripada 342 keluarga dipindahkan sehingga pukul 8.38 pagi ini.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu berkata, jumlah itu bertambah sebanyak 1,033 orang berbanding hanya 373 mangsa sehingga petang semalam dengan 18 pusat pemindahan dibuka hari ini berbanding hanya 8 semalam.

Setiu mencatatkan pertambahan mangsa paling ramai apabila 671 orang daripada 168 keluarga dipindahkan manakala di Besut seramai 520 orang daripada 120 keluarga dipindahkan.

Daerah Hulu Terengganu juga mencatatkan pertambahan jumlah mangsa apabila 175 orang daripada 54 keluarga dipindahkan pagi ini berbanding hanya 83 mangsa semalam.

No comments: