Nuffnang

Saturday 26 November 2011

Cuti Anggota & Pegawai Polis di Terengganu Dibekukan...

SETIU - Cuti seramai 3,200 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia ( PDRM ) negeri Terengganu telah dibekukan bagi membolehkan mereka memberikan khidmat sepanjang musim tengkujuh yang sedang berlaku sekarang.
    
Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa berkata penguatkuasaan pembekuan cuti itu bermula Isnin lalu.
    
“Pembekuan cuti melibatkan semua jabatan PDRM dan akan ditamatkan sebaik sahaja musim tengkujuh berakhir serta banjir pulih seperti biasa,” katanya kepada pemberita semasa melawat mangsa banjir di Kampung Permaisuri di sini.
  
 Menurut Jamshah, pihaknya telah bersiap sedia untuk mengerahkan keseluruhan tenaga anggota bagi membantu mangsa.

No comments: