Nuffnang

Saturday, 10 September 2011

Kisah Benar Di Pagi Hari Jam 8.30 Pagi 10 September 2011 ( Sabtu )...

     


     Pada suatu pagi di desa yang permai...Ketika penduduk kampung sedang berehat di rumah..Kawasan yang didiami beberapa buah rumah sahaja...Kedengaran bunyi sebuah lori memasuki lorong kecil ...
     Tiba-tiba berbunyi durrmmmm....Kufikir apakah yang telah terjadi?Mungkin begitu juga dengan penduduk lain...Ku turun dari rumah...Ku pergi ke tempat kejadian...Alangkah terkejutnya lori yang berbunyi tadi telah melanggar ruang tamu sebuah rumah salah seorang penduduk kampungku...Rumah itu terletak di persimpangan selekoh kecil...
     Pertelingkahan kecil telah berlaku antara pemandu lori & pemilik rumah...Pemandu lori mengatakan dia ingatkan jalan tersebut lurus...Sedangkan terdapat selekoh di persimpangan jalan itu...Pemilik rumah pula mengatakan pemandu lori itu memandu dengan laju...
     Nasib baik tidak berlaku tumbuk-menumbuk antara mereka berdua...Akibat kejadian itu, 3 tiang rumah telah tercabut ekoran perlanggaran tersebut...Nasib menyebelahi tuan rumah, isteri & anak-anak kerana pada masa itu mereka tidak berada di ruang tamu rumah tersebut & sedang berehat di dapur...
     Tiada nyawa melayang...Si pemandu lori berjanji akan membaiki ruang tamu yang telah dilanggar...Itulah kisah benar yang telah berlaku pada pagi tadi 8.30 pagi, 10 September 2011, Terengganu...( Kisah Benar ) 

2 comments:

Shafika Syuhada Rosli said...

ya allah, simpati dekat tuan rumah .

#Sirih Pulang Ke Gagang

zely1982 said...

a'a tulah kesian dier...