Nuffnang

Friday, 2 December 2011

Tindakan Pantas Anak Berjaya Cekup Perompak...

 

Tindakan bijak seorang anak menghubungi bapanya memaklumkan terlihat kelibat seorang lelaki berada di ruang dapur rumahnya menyebabkan lelaki berkenaan berkaya diberkas.

 Kejayaan tersebut hasil tindakan pantas bapa kanak-kanak tersebut yang mememaklumkan maklumat diterima anaknya kepada pihak polis.

Menyedari kehadiran lelaki berkenaan, anak pemilik rumah berkenaan bertindak masuk ke dalam bilik untuk bersembunyi sebelum menelefon bapanya yang berada di pejabat.
 
Setelah mendapat panggilan daripada anaknya mengenai kejadian itu, pemilik rumah berkenaan yang berusia 61 tahun segera bertindak menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan.
 
Polis yang menerima laporan segera ke tempat kejadian dan berjaya memberkas seorang lelaki berusia 34 tahun yang cuba melarikan diri setelah melihat kehadiran polis.
 
Berdasarkan siasatan lanjut, polis percaya lelaki berkenaan memasuki rumah dengan mengumpil tingkap dapur belakang rumah.
 
Setelah berjaya memasuki rumah berkenaan, suspek bertindak menggeledah ruang dapur untuk mencari barangan berharga tanpa menyedari terdapat anak pemilik di rumah berkenaan.

 Mungkin terlalu leka mencari barangan menyebabkannya terleka dan tindakan anak pengadu yang bersembunyi dalam bilik sebelum menelefon bapanya adalah satu tindakan bijak. 

 Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

1 comment:

Syazana said...

bijak bijak! anak sape la eh?