Nuffnang

Wednesday, 28 December 2011

PETUA...


"Sekarang ini, ada pelbagai cara untuk mencantikkan wajah. Terutamanya kaum wanita, pelbagai jenis bahan di gunakan untuk mencantikkan wajah mereka. Sesetengahnya ada mandi bunga, ada yang jumpa bomoh itu dan bomoh ini. Ada pula yang tanam susuk di muka, dan pelbagai cara lagi untuk mencantikkan wajah.

Mari kita ikuti suatu kisah bagaimana seorang pemuda yang sentiasa wajahnya kelihatan tampan, cantik, ceria dan tidak jemu memandangnya.

Pada suatu zaman dulu, ada seorang ulama bernama Al-Ahnaf bin Qais. Dia memang terkenal sebagai ulama besar semasa hidupnya dahulu. Sedang ulama duduk bersama dengan anak-anak muridnya belajar ilmu agama, tiba-tiba datang seorang pemuda berkunjung ke rumahnya.

Pemuda tersebut dari kaum Taiyi. Ketibaan pemuda itu di sambut oleh ulama itu dengan wajah yang manis dan mempersilakan pemuda itu masuk. Setelah memberi salam kepada ulama besar itu, pemuda itu duduk tidak jauh dari ulama tersebut.

Ulama tersebut tentulah tahu bahawa pemuda itu mahu mengikuti kuliah agma yang sedang di sampaikan kepada anak-anak muridnya.
Pemuda itu pula telah mengikuti majlis pengajian dengan penuh kusyuk dan tawadduk. Sebenarnya, rumah ulama besar ini saban hari dan waktu sentiasa diziarahi oleh muri-muridnya dan para sahabatnya.

Mereka bukan sahaja menziarahi ulama besar tersebut, tetapi bertanya, berbincang pelbagai masalah agama. Mereka ini memang mahukan ilmu agama dari ulama ini. Setelah anak muridnya pulang, maka pemuda itu di minta oleh ulama supaya jangan pulang dahulu.

Kedatangan pemuda dari suku Taiyi ini sangat menarik perhatian ulama besar ini. Al-Ahnaf mendapati bahawa pemuda yang ada di depannya dan baru mengunjunginya sangat kacak dan tampan wajahnya. Beliau lalu berbicara dengan pemuda tersebut dengan mengujinya..
   
“Sejak engkau datang tadi. aku melihat wajah engkau sangat tampan”. katanya. Pemuda itu menjawab dengan wajah yang berseri - seri menjawab dengan suara yang rendah. “Tuan! Itu adalah anugerah Allah kepada saya”.

Al-Ahnaf meneruskan lagi pertanyaannya. “Wahai pemuda, adakah engkau menghiasi wajahmu dengan sesuatu?”

Pemuda itu menjawab dengan tenang,” Benar tuan guru! Sesungguhnya saya ada menghiasi wajah saya dengan sesuatu.”

Lalu ulama’ tersebut bertanya lagi. “Apakah benda yang engkau hiasi itu?”

Pemuda itu menjawab. “Hiasannya ialah, kalau saya bercakap, tidak berbohong. Kalau saya berjanji, saya tepati. Kalau saya diberikan sesuatu amanah, saya tidak akan khianati.”

Mendengar jawapan yang paling ringkas dan tepat itu. Al-Ahnaf berkata dengan satu pujian yang sangat besar ertinya. “Benar seperti katamu hai orang muda. Sesungguhnya engkau telah menghiasi dirimu dengan sari akhlak yang terpuji.”

Apakah yang terkandung dalam mesej ini? Cerita ini cuma mahu memberitahu kita tidak perlu mencantikkan wajah kita dengan memakai itu ini, ataupun memakai susuk…

Tiga perkara itu bercakap benar, janji yang di tepati dan tidak khianat sudah cukup untuk menjadikan seseorang itu sebagai yang paling cantik perilaku dan perangainya. Subhanallah….

No comments: