Nuffnang

Tuesday, 20 December 2011

Stadium Runtuh ( Stadium Sultan Mizan ) Akan Dibaiki Tahun Depan ?

     
     STADIUM Sultan Mizan Zainal Abidin yang terbiar akibat struktur bumbungnya runtuh dua tahun lalu akan mula dibaiki awal tahun depan, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said. Beliau berkata, kerajaan negeri mengambil keputusan itu selepas mendapati semakin banyak kerosakan berlaku di stadium itu akibat terlalu lama terbiar.

      “Kita akan mula baiki kawasan padang sebelum membaiki bahagian bumbung stadium,” katanya.
Stadium itu mengalami kerosakan apabila bumbung utama di tempat duduk orang kenamaan runtuh setahun selepas ia digunakan untuk temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2008.

      Selain padang bola sepak, stadium itu juga mempunyai gelanggang skuasy dan bowling.

      Ahmad berkata kerja membaiki bumbung stadium akan mengambil masa kerana banyak struktur sudah rosak dan memerlukan reka bentuk baru.
“ Kita tidak akan buat bumbung biasa dan mungkin kita akan buat bumbung seperti bumbung Stadium Bukit Jalil ( di Kuala Lumpur ) yang lebih ringan,” katanya.

      Mengenai kos baik pulih, beliau berkata ia belum dipastikan lagi.
“Apabila kerja membaik pulih padang siap kelak, aktiviti bola sepak akan dapat dilangsungkan di stadium itu, tapi hanya pada sebelah siang kerana stadium ini masih mengalami masalah lampu limpah,” katanya.

     Katanya Jabatan Kerja Raya akan mengeluarkan tender sebut harga untuk kerja-kerja itu dalam masa terdekat.

JADI APA PANDANGAN ANDA?????

No comments: