Nuffnang

Saturday, 31 December 2011

RAHSIA NOMBOR...


 
Setiap orang dilahirkan bersama nombor yang ada pertalian dengan planet. Kedua-duanya akan mempengaruhi tingkah laku seseorang. Kalau seseorang tahu rahsia satu-satu nombor dan dapat menggunakannya dengan betul, insya-Allah dia akan berjaya. Tidak perlu jumpa bomoh-bomoh.

Nombor 1

LAMBANG keunggulan Tuhan. Nombor kemakmuran, keutuhan diri, kekuatan, keberanian dan kekuasaan. Rumah bernombor 1 akan sentiasa makmur. Tetamu suka datang kerana suasana yang tenteram, damai dan tenang. Kalau orang yang bernaung di bawah nombor ini, dia seorang yang berani. Mempunyai pendirian yang kukuh, memiliki kekuatan fizikal dan mental.

Nombor 2

NOMBOR ini bersifat pasangan seperti sejuk lawannya panas. Ia simbol pengesahan, penyaksian, perkaitan, syarat menemukan jawapan semula jadi dan jodoh. Bagi seseorang yang sukar mendapat jodoh, berlindunglah di bawah nombor ini. Tidak perlu jumpa dukun atau mandi di bawah jambatan, cukup sekadar mengingati nombor itu. Untuk lebih mudah, ambil segelas air sejuk mentah atau air kelapa, lebih elok air zamzam. Tuliskan nombor 2 di luar gelas, memadai menggunakan hujung jari. Kemudian minum, ingat nombor itu dan niatkan dalam hati untuk mendapat pasangan yang sesuai. Lakukan tujuh kali atau tujuh hari berturut-turut. Insya-Allah... tak sampai sebulan pasangan yang sesuai akan diperoleh.

Nombor 3

RAHSIA akal, bijaksana, keceriaan, kesuburan, keseimbangan, pembalasan dan penindasan. Bernaung di bawah nombor ini menjadikan anda seorang yang pintar dan bijaksana. Biasanya apabila hendak melakukan sesuatu pekerjaan akal akan berkata-kata sama ada ia baik atau buruk. Boleh menjadi pencipta yang baik tetapi bermula dengan kemusnahan. Setelah melalui beberapa kegagalan baru menikmati kejayaan. Tapi kalau putus asa, habislah! Mudah memiliki sesuatu kekayaan, benda, rumah, kereta atau apa sahaja tetapi mudah pula melepaskannya. Pintar menyelesaikan setiap masalah walaupun terlalu rumit. Seorang yang subur, mempunyai anak ramai dan ibu bapa yang baik. Paling penting mereka ni awet muda.

Nombor 4

NOMBOR ini membawa simbol rupa bentuk, kesempurnaan, kemantapan kedudukan, kewangan dan kehidupan. Lambang kekuasaan, kestabilan dan lengkap. Ia stabil dan tak mudah diganggu-gugat atau dipengaruhi. Kekuatan mereka yang bernombor 4 ialah mampu melihat daya imaginasi. Agakan mereka selalunya tepat dan kalau merancang, insya-Allah berhasil. Ramai arkitek, jurutera dan pereka-pereka bernaung di bawah nombor ini.

Nombor 5

SIMBOL kreatif, intelek, mampu mempengaruhi, pemikir, bijaksana, pengkritik dan tahap intelektual yang tinggi. Kalau menjadi hakim, dia akan laksanakan tugas dengan bijaksana dan dapat menyelesaikan segala masalah, perbalahan, kerumitan dan kesusahan. Kekuatannya adalah pada kata-kata. Mampu mempengaruhi orang lain membuat keputusan. Pandai memujuk, merayu supaya pertelingkahan dapat dileraikan. Jika anda tidak mampu membuat keputusan, ingatkan 5, nescaya mudah semuanya.

Nombor 6

HATI-HATI dengan 6 jika anda lemah semangat, jangan gunakannya kerana syaitan dan iblis mudah merasuk. 666 adalah lambang syaitan - gandaan kelemahan bagi mereka yang lemah semangat. Tetapi 6666 pula adalah kekuatan dan kesempurnaan kerana ia adalah bilangan ayat al-Quran. Kalau nombor peribadi anda 6, anda suka meramal dan boleh meramal dengan tepat. Mulut masin. Suka pada benda ghaib, boleh melihat dan menembusi alam ghaib. Bagi yang belum berkahwin tetapi sudah mempunyai pasangan atau idaman hati cubalah ingatkan 6 dan niatkan pada air seperti nombor 2. Percayalah tidak sampai sebulan niat akan terlaksana.

Nombor 7

INILAH nombor paling baik. Selain itu ia juga lambang pembalasan, memerintah, membangkitkan tenaga dalaman, pelindung, pemusnah dan penghalau hantu. Insya-Allah doa mereka dimakbulkan jika mengulanginya 7 kali. Mereka juga bersifat melindungi dan mampu memerintah dengan baik. Nombor ini digunakan untuk menghalau hantu yang meresap di dalam badan. Caranya mudah - palitkan nombor 7 dengan menggunakan kapur di tempat yang sakit. Ia hanya mujarab dilakukan pada malam 13, 14 dan 15 (bulan penuh). Ataupun pelindung ibu yang sedang sakit bersalin daripada dimasuki iblis.

Nombor 8

ORANG Cina cukup suka nombor ini. Kebanyakan mereka sanggup bayar berpuluh ribu ringgit untuk mendapatkannya - untuk plat kereta atau rumah. Memanglah nombor itu mendorong ke arah menjadi semakin kaya tetapi sampai satu tahap jatuh bankrap. Sebabnya... kerana mereka tidak tahu 8 sebenarnya bermaksud penamat kehidupan. Bagaimanapun nombor ini memang baik jika tahu rahsianya iaitu ia mendorong ke arah kekayaan, kemantapan kehidupan, keadilan, sempurna, lengkap dan akhirnya kematian. Jika anda tidak tahu rahsia 8 jangan sesekali cuba menggunakannya. Dari segi sains oksigen terletak dalam atom 8. Sebab itulah jika tidak cukup oksigen orang akan mati.

Nombor 9

NOMBOR ini lambang kebenaran. Kerana itu polis menggunakan 999? Ia juga lambang tenaga yang kuat. Sebab itulah ia disimbolkan sebagai perjuangan, kepahlawanan, peperangan dan pertikaian. Bagaimanapun mereka yang bernaung di bawahnya mudah terlanjur dalam perbuatan dan percakapan atau suka lepas cakap. Tapi, jangan bimbang... walaupun mudah terlanjur tetapi anda seorang yang cukup sempurna dalam hal ilmu keduniaan. Nombor ini boleh digunakan untuk mencari semula barang hilang. Ingat nombor 9, barang yang hilang akan jumpa semula, jika tersalah simpan!

Nombor 10 atau 0

SIMBOL keabadian Yang Mencipta, Maha Kuasa. Kebesaran yang tidak dapat diukur dengan apa sekali pun. Tidak ada permulaan dan tidak ada pengakhiran - tiada penamat. Ia sentiasa akan berlingkar dalam pusingan yang sama tanpa ada titik akhir. Satu nombor yang cukup kuat, tidak mampu dikalahkan oleh segala ilmu yang ada. Tidak ada orang yang bernaung di bawahnya. Hanya Pencipta memilikinya.

Mengetahui nombor peribadi penting kerana melaluinya kita dapat mengenal diri. Hidup akan lebih teratur, sentiasa berwaspada ketika membuat perhitungan dan insya-Allah... tidak akan wujud penyesalan. Kita tidak perlu mencari Tok Piah, Kam tukang tilik, minyak cenduai Batin Yat atau bertemu bomoh fotostat bagi mencari barang hilang. Anda mampu meramal masa depan sendiri, menghalau hantu, mencari pasangan dan mendapat kekayaan.

Semuanya akan menjadi nyata kalau anda tahu apa rahsia nombor peribadi anda. Nak tahu nombor peribadi? Formula secara ringkasnya: Campurkan tarikh lahir anda. Misalnya: 12-12-1969; 1+2+1+2+1+9+6+9 = 31 (3+1 = 4). Jadi nombor peribadi anda adalah 4.

Tetapi itu bukanlah perkiraan yang tepat. Ia hanya anggaran kasar sahaja. Ujian secara rohani diperlukan kerana hanya kita yang tahu rahsia sendiri.

Wednesday, 28 December 2011

PETUA...


"Sekarang ini, ada pelbagai cara untuk mencantikkan wajah. Terutamanya kaum wanita, pelbagai jenis bahan di gunakan untuk mencantikkan wajah mereka. Sesetengahnya ada mandi bunga, ada yang jumpa bomoh itu dan bomoh ini. Ada pula yang tanam susuk di muka, dan pelbagai cara lagi untuk mencantikkan wajah.

Mari kita ikuti suatu kisah bagaimana seorang pemuda yang sentiasa wajahnya kelihatan tampan, cantik, ceria dan tidak jemu memandangnya.

Pada suatu zaman dulu, ada seorang ulama bernama Al-Ahnaf bin Qais. Dia memang terkenal sebagai ulama besar semasa hidupnya dahulu. Sedang ulama duduk bersama dengan anak-anak muridnya belajar ilmu agama, tiba-tiba datang seorang pemuda berkunjung ke rumahnya.

Pemuda tersebut dari kaum Taiyi. Ketibaan pemuda itu di sambut oleh ulama itu dengan wajah yang manis dan mempersilakan pemuda itu masuk. Setelah memberi salam kepada ulama besar itu, pemuda itu duduk tidak jauh dari ulama tersebut.

Ulama tersebut tentulah tahu bahawa pemuda itu mahu mengikuti kuliah agma yang sedang di sampaikan kepada anak-anak muridnya.
Pemuda itu pula telah mengikuti majlis pengajian dengan penuh kusyuk dan tawadduk. Sebenarnya, rumah ulama besar ini saban hari dan waktu sentiasa diziarahi oleh muri-muridnya dan para sahabatnya.

Mereka bukan sahaja menziarahi ulama besar tersebut, tetapi bertanya, berbincang pelbagai masalah agama. Mereka ini memang mahukan ilmu agama dari ulama ini. Setelah anak muridnya pulang, maka pemuda itu di minta oleh ulama supaya jangan pulang dahulu.

Kedatangan pemuda dari suku Taiyi ini sangat menarik perhatian ulama besar ini. Al-Ahnaf mendapati bahawa pemuda yang ada di depannya dan baru mengunjunginya sangat kacak dan tampan wajahnya. Beliau lalu berbicara dengan pemuda tersebut dengan mengujinya..
   
“Sejak engkau datang tadi. aku melihat wajah engkau sangat tampan”. katanya. Pemuda itu menjawab dengan wajah yang berseri - seri menjawab dengan suara yang rendah. “Tuan! Itu adalah anugerah Allah kepada saya”.

Al-Ahnaf meneruskan lagi pertanyaannya. “Wahai pemuda, adakah engkau menghiasi wajahmu dengan sesuatu?”

Pemuda itu menjawab dengan tenang,” Benar tuan guru! Sesungguhnya saya ada menghiasi wajah saya dengan sesuatu.”

Lalu ulama’ tersebut bertanya lagi. “Apakah benda yang engkau hiasi itu?”

Pemuda itu menjawab. “Hiasannya ialah, kalau saya bercakap, tidak berbohong. Kalau saya berjanji, saya tepati. Kalau saya diberikan sesuatu amanah, saya tidak akan khianati.”

Mendengar jawapan yang paling ringkas dan tepat itu. Al-Ahnaf berkata dengan satu pujian yang sangat besar ertinya. “Benar seperti katamu hai orang muda. Sesungguhnya engkau telah menghiasi dirimu dengan sari akhlak yang terpuji.”

Apakah yang terkandung dalam mesej ini? Cerita ini cuma mahu memberitahu kita tidak perlu mencantikkan wajah kita dengan memakai itu ini, ataupun memakai susuk…

Tiga perkara itu bercakap benar, janji yang di tepati dan tidak khianat sudah cukup untuk menjadikan seseorang itu sebagai yang paling cantik perilaku dan perangainya. Subhanallah….

Tuesday, 20 December 2011

ADUN Bukit Gasing ( Selangor ) Meninggal...



Edward Lee Poh Lin 
















     

     SHAH ALAM - Anggota Dewan Undangan Negeri DAP dari Bukit Gasing, Edward Lee Poh Lin meninggal dunia awal pagi ini kerana penyakit kanser, kata seorang pemimpin veteran akar umbi DAP. Mendiang berusia 61 tahun.

      "Disahkan Edward Lee telah meninggal dunia pagi ini," kata pemimpin berkenaan apabila dihubungi.
     
     Oleh yang demikian, akan berlaku Pilihanraya Kecil pula ke? 

Stadium Runtuh ( Stadium Sultan Mizan ) Akan Dibaiki Tahun Depan ?

     
     STADIUM Sultan Mizan Zainal Abidin yang terbiar akibat struktur bumbungnya runtuh dua tahun lalu akan mula dibaiki awal tahun depan, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said. Beliau berkata, kerajaan negeri mengambil keputusan itu selepas mendapati semakin banyak kerosakan berlaku di stadium itu akibat terlalu lama terbiar.

      “Kita akan mula baiki kawasan padang sebelum membaiki bahagian bumbung stadium,” katanya.
Stadium itu mengalami kerosakan apabila bumbung utama di tempat duduk orang kenamaan runtuh setahun selepas ia digunakan untuk temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2008.

      Selain padang bola sepak, stadium itu juga mempunyai gelanggang skuasy dan bowling.

      Ahmad berkata kerja membaiki bumbung stadium akan mengambil masa kerana banyak struktur sudah rosak dan memerlukan reka bentuk baru.
“ Kita tidak akan buat bumbung biasa dan mungkin kita akan buat bumbung seperti bumbung Stadium Bukit Jalil ( di Kuala Lumpur ) yang lebih ringan,” katanya.

      Mengenai kos baik pulih, beliau berkata ia belum dipastikan lagi.
“Apabila kerja membaik pulih padang siap kelak, aktiviti bola sepak akan dapat dilangsungkan di stadium itu, tapi hanya pada sebelah siang kerana stadium ini masih mengalami masalah lampu limpah,” katanya.

     Katanya Jabatan Kerja Raya akan mengeluarkan tender sebut harga untuk kerja-kerja itu dalam masa terdekat.

JADI APA PANDANGAN ANDA?????

Sunday, 18 December 2011

Barcelona Juara Piala Kelab Dunia FIFA 2011...

  
     Barcelona berjaya menjuarai Piala Kelab Dunia Fifa 2011 dengan kemenangan 4-0 dengan menewaskan Santos dalam perlawanan akhir tadi....Gol Barcelona dijaringkan oleh Messi (17,83), Xavi (25), Fabregas (44)...
     Neymar dapat hantaran cantik melepasi pertahanan Barcelona tapi terlepas peluang menjaringkan gol selepas sepakannya berjaya dihalang Victor Valdes penjaga gol Barcelona... 
     Javier Macherano pemain Barcelona menerima kad kuning pertama perlawanan dalam perebutan bola dengan Neymar...Edu Dracena ketua pasukan Santos menerima kad kuning setelah mengasari menghalang pergerakan Lionel Messi yang mengelecek bola ke kawasan Santos pada minit ke-74 perlawanan...
     Lionel Messi menjaringkan gol keempat Barcelona setelah mendapat hantaran dari Danial Alves menggelecek penjaga gol Santos pada minit ke-83 perlawanan...

Tuesday, 6 December 2011

Sila Cuba Cari...

Cari 1/2...
Kalau jumpe like je ye...

¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼ ¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼ ¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼ ¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼ ¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼ ¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼ ¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼ ¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼ ¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼ ¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼ ¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼½¼¼¼¼¼¼¼¼ ¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼ ¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼ ¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼¼

Monday, 5 December 2011

Kenapa Kaki Jadi Camtu?


Apa Yang Telah Berlaku...
Kepada Tuan Punye Kaki Ini...
Apa Sebabnya Berlaku Camtu?
Adakah Anda Nak Jadi Camni?

Sunday, 4 December 2011

Tak Sabar Nak Balik Ni...


Camne Kawan-Kawan...
Mesti Tak Sabar Nak Balik Blake Kan?
Sabar...Sabar...
Masa Akan Tiba...
Ape-Ape Pun...
Rumah Menanti Kawan-Kawan...
Enjoy Yourself...

Saturday, 3 December 2011

Peristiwa Penting ( 10 Muharram )...

Tanggal 10 Muharram dinamakan juga hari Asyura kerana pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi pejuang yang gigih menegakkan syiar islam.
Peristiwa yang berlaku pada hari Asyura:
* Allah jadikan 7 petala langit dan 7 petala bumi.
* Allah jadikan bulan,bintang,matahari dan cakrawala.
* Allah jadikan Arasy,Loh Mahfuz,Kalam dan Malaikat.
* Allah mencipta Nabi Adam Alaihissallam.
* Allah menjadikan Siti Hawa.
* Allah menjadikan Syurga.
* Dimasukkan Nabi Adam ke dalam Syurga.
* Taubat Nabi Adam diterima Allah.
* Nabi Noh diselamatkan oleh Allah keluar dari bahtera setelah bumi tenggelam selama enam bulan.
* Nabi Ibrahim dilahirkan dan 10 Muharram juga Baginda diselamatkan Allah daripada pembakaran Raja
Zamrud.
* Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
* Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
* Pengelihatan Nabi Yaakob yang buta dipulihkan oleh Allah.
* Nabi Ayub dipulihkan oleh Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
* Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan setelah berada didalamnya selama empat puluh hari dan empat puluh malam.
* Laut merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa bersama pengikutnya daripada tentera Firaun.
* Firaun dan pengikutnya tenggelam kedalam lautan tersebut.
* Nabi Sulaiman dikurniakan Allah Kerajaan yang besar.
* Hari pertama Allah mencipta alam dan menurunkan hujan.
Amalan-amalan sunat pada Hari Asyura:
* Berpuasa-Pahalanya seperti mengerjakan haji dan umrah dan mati syahid.
* Mandi dan membersihkan diri-Nescaya hatinya tidak akan mati dan tidak akan jatuh sakit pada tahun itu kecuali mati.
* Melebihkan perbelanjaan dalam keluarga-Diluaskan Allah rezekinya serta beroleh keamanan dan kesihatan.
* Mengusap kepala anak yatim dan menaruh belas kasihan terhadap mereka- Diangkat oleh Allah darjatnya kesyurga.
* Sesiapa yang berbuat baik terhadap anak yatim pada hari Asyura, seolah-olah ia telah berbuat baik kepada semua anak yatim.
* Menziarahi orang alim (banyak ilmu) dan belajar sesuatu ilmu daripadanya-Pahalanya seperti orang Muhajirin dan Ansar.
* Menziarahi orang sakit – Pahalanya seolah-olah ia telah menziarahi semua orang yang sedang sakit.
* Bersedekah – Pahalanya sepertiu bersedekah satu tahun kepada zuriat Nabi Adam dan seolah-olah ia tidak pernah menolak permintaan orang yang meminta kepadanya seumur hidup.
* Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali–Doanya dimakbulkan Allah.
* Sunat bercelak mata – InsyaAllah tidak terkena sakit mata atau matanya dilindungi Allah daripada perkara maksiat.
* Sunat menginai dan mengerat kuku.
* Menjamu dan memberi minum kepada orang-Allah akan memberi seteguk air pada hari akhirat dimana dengan seteguk air itu tidak akan haus buat selama-lamanya.
* Solat sunat 4 rakaat 1 salam pada waktu Asar – Diampunkan Allah dosanya selama 50 tahun terdahulu dan terkemudian.
* Memperkukuhkan silaturrahim – Insya Allah dipanjangkan usianya.
* Memperbanyakkan Zikir dan Selawat.

Bapa Tak Berhati Perut

Hanya kerana tidurnya terganggu selepas tidak tahan mendengar tangisan bayinya yang sedang kelaparan, seorang bapa secara tiba-tiba ‘ naik angin ’ sebelum menendang bayi perempuan di rumahnya, di Pulau Pinang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi, lelaki terbabit turut menghempaskan bayinya yang berusia sembilan bulan ke atas tilam sebelum isteri yang menyedari kejadian terbabit cuba masuk campur untuk meredakan keadaan.


Bukan saja bayi menjadi mangsa, malah isterinya juga terpaksa menerima padah apabila ditendang suaminya itu hingga terpaksa meminta pertolongan daripada ibu mentua yang turut tinggal serumah dengan mereka.
 
Menurut sumber, kejadian malang yang menimpa bayi itu berlaku ketika ibunya pergi ke dapur untuk membancuh susu dan meninggalkan anaknya itu bersama suami yang sedang tidur di dalam bilik.

Ketika itu, lelaki terbabit sedang nyenyak tidur dan bayinya yang kelaparan menangis sebelum bapanya terbangun dan menengking bayinya. 

Lelaki terbabit yang masih tidak berpuas hati kemudian terus menendang bayi berkenaan dan ketika itu isterinya cuba masuk campur untuk menenteramkan keadaan namun dia turut ditendang suaminya.

Keadaan mulai reda selepas ibu lelaki itu mengambil cucunya itu sebelum membawa ke Hospital Pulau Pinang ( HPP ) untuk rawatan lanjut.

Berikutan kejadian itu, bayi berkenaan mengalami lebam di muka dan juga kesan calar di belakang badan dan terpaksa dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut.

Ibu bayi terbabit kemudian membuat satu laporan berhubung kejadian itu dan polis sudah mengambil keterangan daripadanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ahmad Bakhtiar Kassim mengesahkan menerima laporan yang dibuat wanita berkenaan dan setakat ini polis masih menjalankan siasatan lanjut mengenainya. 

Siasatan awal mendapati bayi itu tidak mengalami kesan kecederaan dalaman. Bapanya bertindak sebegitu mungkin kerana tidak tahan mendengar tangisan yang mengganggu tidurnya.
 
Bagaimanapun, tiada tangkapan dilakukan berikutan lelaki terbabit tiada di rumah dan kita masih mengesannya bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Friday, 2 December 2011

Buat Apa Kawan2?


Salam Kawan-Kawan...
Buat Apa 2?

Tindakan Pantas Anak Berjaya Cekup Perompak...

 

Tindakan bijak seorang anak menghubungi bapanya memaklumkan terlihat kelibat seorang lelaki berada di ruang dapur rumahnya menyebabkan lelaki berkenaan berkaya diberkas.

 Kejayaan tersebut hasil tindakan pantas bapa kanak-kanak tersebut yang mememaklumkan maklumat diterima anaknya kepada pihak polis.

Menyedari kehadiran lelaki berkenaan, anak pemilik rumah berkenaan bertindak masuk ke dalam bilik untuk bersembunyi sebelum menelefon bapanya yang berada di pejabat.
 
Setelah mendapat panggilan daripada anaknya mengenai kejadian itu, pemilik rumah berkenaan yang berusia 61 tahun segera bertindak menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan.
 
Polis yang menerima laporan segera ke tempat kejadian dan berjaya memberkas seorang lelaki berusia 34 tahun yang cuba melarikan diri setelah melihat kehadiran polis.
 
Berdasarkan siasatan lanjut, polis percaya lelaki berkenaan memasuki rumah dengan mengumpil tingkap dapur belakang rumah.
 
Setelah berjaya memasuki rumah berkenaan, suspek bertindak menggeledah ruang dapur untuk mencari barangan berharga tanpa menyedari terdapat anak pemilik di rumah berkenaan.

 Mungkin terlalu leka mencari barangan menyebabkannya terleka dan tindakan anak pengadu yang bersembunyi dalam bilik sebelum menelefon bapanya adalah satu tindakan bijak. 

 Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Thursday, 1 December 2011

Bilakah PRU 13?


Rakyat Malaysia...
Bilakah Agaknya PRU 13...
Apakah Yang Akan Berlaku...
Banyak Parti Yang Akan Bertanding...
Untuk Mentadbir Negara Malaysia...
Adakah UMNO Akan Mengekalkan Pemerintahan...
Ataupun PAS Yang Akan Mengepalai Pentadbiran Purajaya...
Ataukah PKR...
Kita Sama-Sama Tunggu...
Saat-Saat Yang Akan Tiba...
PRU 13...
Kitalah Yang Akan Menentukan...
Mana 1 Parti Yang Akan Mentadbir...
MALAYSIA...

Wednesday, 30 November 2011

Cerita Seorang Pemandu Teksi...


AKIBAT MENCIUM SEORANG NURSE

      Seorang Nurse menahan teksi dan terus menaiki teksi tersebut..Sedang dalam perjalanan… Pemandu teksi iaitu Feddy asyik memerhati Nurse itu melalui cermin tengahnya..Merasa kehairanan…
     Nurse itu bertanya….“ Encik, kenapa encik melihat saya begitu ??” Feddy tersenyum malu dan berkata… " Sebenarnya… saya selalu berfantasi….maaf ya… saya sangat ingin mencium seorang Nurse…”
      “Oh begitu!! tak der masalah… encik boleh mencium saya.. kalau itu memang memberikan ketenangan buat encik… tapi saya ada syarat iaitu encik mesti masih single” kata Nurse…Feddy gembira dan berkata…“iya…iya, saya masih single”.
      Kemudian teksi itu diberhentikan di jalan sepi… Feddy terus mencium Nurse itu selama 10 minit… kemudian mereka pun meneruskan perjalanan kembali.
      Tapi feddy menangis teresak-esak sambil berkata…“ Maafkan saya cik… saya merasa bersalah… sebenarnya saya sudah berkahwin ”. Mendengar penerangan itu Ratna tersenyum bijak dan berkata…“ Sudahlah encik… tidak ada apa-apa yang perlu di bimbangkan… Saya juga bersalah. Saya juga bukanlah seorang Nurse… saya adalah seorang Mak Nyah yang kebetulan dalam perjalanan menuju ke pesta pakaian beragam”....

Tuesday, 29 November 2011

Tarian Poco-Poco Haram – Mufti Perak...


Jabatan Mufti negeri Perak telah mengeluarkan surat pekeliling mengatakan bahawa tarian poco-poco ( kini popular sebagai satu senaman ) diharamkan. Anda boleh baca surat pekeliling tersebut kat bawah ni.
TARIAN POCO-POCO HARAM

Monday, 28 November 2011

Membersihkan Harta Haram...


Adakah Harta Haram Dapat Dibersihkan Dengan Mengeluarkan Zakat?


     Syarat wajib zakat atas Muslim adalah memiliki harta itu dengan sah dari sudut Islam dan dikeluarkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah.

     Namun, zakat tidak boleh menyucikan harta yang haram kerana pemilikan harta yang haram tidak sah di sisi Islam. Ia juga wang kotor pada tangan si pelaku dosa tersebut. Jadi, zakat hanya boleh dikeluarkan hasil daripada pendapatan yang halal. Dengan mengeluarkan zakat, ia boleh menambahkan berkat bagi harta yang didapati dengan cara yang halal.

      Ulama bersepakat bahawa tiada zakat atas harta haram tetapi yang perlu adalah dengan melupuskannya.

Sunday, 27 November 2011

Bunuh Abang Sendiri Petang Semalam...Apa Nak Jadi?


KUALA LUMPUR - Akibat perselisihan faham, nyawa seorang abang melayang di tangan adik lelakinya sendiri disaksikan ibu bapa mereka di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya dekat sini petang semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 6 petang melibatkan adik beradik berumur 21 dan 28 tahun itu yang bertengkar di ruang tamu sehingga suspek nekad mengambil pisau pemotong sayur di dapur dan menikam abangnya.


Akibat tikaman di anggota badannya, suspek cedera parah dan segera dibawa ke wad kecemasan Pusat Perubatan Universiti Malaya sebelum disahkan mati dua jam kemudian.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamad ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata motif kejadian sedang disiasat.

Jom Futsal.....

Futsal memiliki peranan penting bagi perkembangan bakat pemain bola sepak. Contoh nyata seperti pemain bola Brazil. Sebagian besar pemain top Brazil bermain futsal di masa kecilnya. Seperti Ronaldinho, Pele, Zico, Socrates, dan Bebeto. Berkat bermain futsal mereka memiliki kelincahan dan kepantasan yang sangat bagus di rumput futsal.

Jika dibandingkan dengan bola sepak, peraturan di Futsal jauh lebih ketat. Pemain dilarang melakukan sliding tackle ( peteh dari belakang ) dan body charge ( benturan badan ), jadi pemain futsal boleh bermain dengan tekniknya tanpa takut dicederakan oleh pihak lawan.

Ada beberapa faktor yang membantu pemain dalam mengembangkan kemampuan teknik bermain bola yang baik:-

- Kecerdasan.

- Keahlian Teknik.

- Kepantasan.

- Hiburan.

Oleh itu, jom main FUTSAL!

Ibu Mati Dikelar Anak Lelaki Dalam Rumah...

 
KUALA LUMPUR - Seorang ibu berusia 75 tahun mati selepas lehernya dikelar dengan pisau oleh anak lelakinya yang dipercayai mengidap penyakit mental di rumah mereka di Taman Bukit Serdang, dekat sini, hari ini.
 
Ketua Polis Daerah Serdang Supt Abdul Razak Elias berkata dalam kejadian kira-kira 10.45 pagi tadi, warga emas itu (nama enggan diberi polis) mati di tempat kejadian manakala anaknya berusia 35 tahun itu pula cedera parah di leher akibat cubaan untuk menyembelih dirinya sendiri.

"Kejadian disedari seorang anak perempuan mangsa yang kebetulan datang ke rumah itu dan menemui ibunya terbaring di tilamnya di ruang tamu rumah tiga tingkat itu. Suspek pula sempat menyambut kakaknya yang hadir itu sebelum terjatuh akibat pendarahan di leher. Kakak suspek kemudian segera membawanya ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan lanjut dan kami difahamkan suspek kini tenat," katanya di tempat kejadian di sini.

Beliau berkata tiada kesan pergelutan di rumah itu dan pihak forensik menemui pisau dengan kesan darah, yang dipercaya digunakan suspek, di atas meja kop.

Abdul Razak berkata polis percaya mangsa dikelar sekali sebelum suspek cuba menyembelih dirinya sendiri lebih dari satu percubaan.

Menurutnya mangsa, yang sakit tua, dijaga suspek yang merupakan anak keenam dari lapan beradik.

"Kami juga diberitahu bahawa suspek sudah lama mengidap penyakit mental dan pernah cuba membunuh diri sendiri dua bulan lepas dengan kelar tangannya," katanya.

Beliau berkata mayat warga emas itu dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mayat Lelaki Ditemui Tergantung...


BUKIT MERTAJAM - Tindakan seorang lelaki yang memotong dawai elektrik di sebuah rumah kosong di Jalan Baru Perai, Kawasan Bukit Tengah, di sini membawa padah apabila dia ditemui mati tergantung di atas siling rumah berkenaan pagi semalam.
Mayat mangsa yang dipercayai warga tempatan itu ditemui kira-kira jam 11 pagi oleh seorang kontraktor binaan sebaik memulakan kerja-kerja ubah suai rumah itu.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Asisten Komisioner Azman Abd Lah berkata, kejadian itu disedari kontraktor berkenaan selepas terhidu bau busuk dari arah ruang tamu.
Katanya, pengadu tercari-cari dari mana arahnya datang bau itu dan dia terkejut apabila melihat sekujur tubuh kaku di atas siling dalam keadaan darah menitis di lantai kayu rumah yang dibina di tanah lot itu.
“Siasatan awal polis mendapati, mangsa dipercayai cuba memecah masuk bumbung kediaman yang tiada berpenghuni itu untuk mencuri dawai elektrik yang disimpan di dalam rumah.
“Kita juga menemui sebilah playar berhampiran mayatnya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Azman berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Bukit Mertajam untuk dibedah siasat dan mengenal pasti punca serta tempoh kematiannya.

Video Gajah di Tasik Kenyir...



Kawan-Kawan...
Inilah Video Gajah di Tasik Kenyir...
Sama-Sama Saksikan...

Pokok Pisang Macam Ibu Mengandung...

Pokok pisang macam ibu mengandung’

















FELDA SUNGAI KELAMAH - Seorang peneroka yang tertanya-tanya berkenaan batang pokok pisang di belakang rumahnya apabila dikatakan seperti ibu mengandung akhirnya berasa lega apabila mendapati terdapat buah pisang yang keluar dari celah batang berkenaan.

Peneroka berkenaan, Shamsudin Baharom, 59, berkata, dia menunggu hampir dua bulan untuk melihat sendiri isi yang terdapat di dalam batang pokok pisang jenis pisang susu itu kerana belum pernah lagi kejadian seperti itu berlaku di Felda berkenaan.

Menurutnya, sejak awal tahun lalu, pisang dari jenis tandan yang sama telah menunjukkan keanehan apabila jantungnya tumbuh menghala ke atas dan bukannya seperti biasa ke bawah.

“Jadi bila saya sedar terdapat kelainan kali ketiga pada pokok pisang ini saya tidak sabar untuk melihat hasilnya dan sebaik sahaja batang pisang ini merekah, buahnya terus keluar dan bukannya jantung pisang seperti biasa,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, sepanjang lebih 30 tahun dia menetap di situ, dia tidak pernah melihat keanehan seperti ini dan ada antara rakannya menyatakan tuah bakal mengiringinya.

“Saya tidak berharap sangat, cuma saya ingin kongsi keanehan pokok pisang ini sahaja,” katanya.

Berita Apa Menarik Hari Ini?

Salam...
Kawan-Kawanku Sekalian...
Berita Apa Yang Menarik Hari Ini?
Kita Sama-Sama Kongsi...

Saturday, 26 November 2011

Cuti Anggota & Pegawai Polis di Terengganu Dibekukan...

SETIU - Cuti seramai 3,200 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia ( PDRM ) negeri Terengganu telah dibekukan bagi membolehkan mereka memberikan khidmat sepanjang musim tengkujuh yang sedang berlaku sekarang.
    
Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa berkata penguatkuasaan pembekuan cuti itu bermula Isnin lalu.
    
“Pembekuan cuti melibatkan semua jabatan PDRM dan akan ditamatkan sebaik sahaja musim tengkujuh berakhir serta banjir pulih seperti biasa,” katanya kepada pemberita semasa melawat mangsa banjir di Kampung Permaisuri di sini.
  
 Menurut Jamshah, pihaknya telah bersiap sedia untuk mengerahkan keseluruhan tenaga anggota bagi membantu mangsa.