Nuffnang

Monday, 19 September 2011

Mengendalikan Keinginan...






        
        Ada seorang nenek yang ingin membahagiakan cucunya. Suatu hari dia memasak bubur kesukaan cucunya. 1/4 ayam kampung dicampurkan ke dalam bubur tersebut. Ia berharap cucunya akan menikmati bubur kesukaannya itu. Kali ini dia hendak buat kejutan bagi cucunya itu.

      Ketika cucunya pulang dari sekolah, dia terus menghidangkan bubur itu. Melihat bubur kesukaannya, cucunya terus melahapnya. Bubur satu mangkok besar itu dihabiskan sekejap sahaja.

     “Masih ada, nek?” tanya cucunya. Sambil tertawa, nenek menjawab, “ Besok nenek akan masak lagi. Tidak baik kamu makan sebanyak-banyaknya. Kamu akan cepat bosan. Tidak boleh kamu habiskan makanan sebanyak-banyaknya dalam waktu singkat. ”

      Sang cucu tidak begitu percaya akan kata-kata neneknya. Baginya, makanan yang enak itu mesti dihabiskan. Tidak boleh disisakan. Kerana itu, dia memaksa neneknya untuk mengambilkan bubur yang menurut dia masih disimpan oleh neneknya. Rupanya mulutnya sudah tidak tahan untuk melahap bubur kesukaannya.

      Namun tetap saja nenek tidak memenuhinya. Nenek itu mengatakan bahawa cucunya mesti mengendalikan diri. Ia tidak boleh mengikuti keinginannya. “ Keinginanmu itu harus kamu kendalikan. Boleh mengendalikan keinginannya akan menemukan hidup ini sebagai sesuatu yang indah. Ia tidak perlu menderita, kerana terlanjur mengikuti keinginannya, ” kata nenek itu.

      Sahabat, pernahkah Anda berusaha untuk mengendalikan keinginan Anda? Misalnya, Anda ingin sekali makan bakso kepala sapi, namun Anda sedang diet. Kalau Anda makan, Anda akan melanggar diet Anda. Anda sudah tahu akibatnya, iaitu berat badan tubuh Anda tidak akan turun. Atau Anda akan mengalami serangan stroke yang berat. Tentu Anda akan mengalami suatu pergolakan jiwa. Anda dituntut untuk menggunakan kebebasan Anda untuk memutuskan : apakah Anda memilih untuk hidup sihat atau mengalami penderitaan.

      Orang yang mampu mengendalikan keinginan dirinya akan menemukan hidup ini sebagai sesuatu yang menggembirakan. Hidup ini terasa ringan. Orang mampu memutuskan untuk memilih yang baik dan benar bagi hidupnya.  Mengapa? Kerana banyak orang ingin hidup selesa. Padahal hidup yang selesa itu belum tentu membahagiakan. Hidup yang enak boleh menjerumuskan orang ke dalam kegelapan hidup.

      Banyak orang memilih untuk mengikuti keinginan-keinginan mereka. Sebenarnya mereka sedar bahawa keinginan-keinginan itu dapat menjerumuskan hidup mereka ke dalam kebinasaan. Namun mereka kurang peduli. Mereka lebih memilih untuk memenuhi keinginan mereka. Kalau sudah terlanjur, lalu mereka menyesal. Ingat, sesal kemudian tidak berguna.

      Kerana itu, sebagai orang beriman, kita diajak untuk mampu mengendalikan keinginan-keinginan diri kita. Kita mesti sedar bahawa tidak semua keinginan mesti dipenuhi. Ada keinginan yang tidak perlu dipenuhir. Tidak dipenuhi tidak apa-apa. Mari kita berusaha mengendalikan keinginan-keinginan diri kita. Dengan demikian, kita dapat hidup dalam suasana yang baik dan menggembirakan.
Semoga Allah Memberkati Kita Semu.....

No comments: