Pada akhir zaman ini, bukan sahaja manusia tidak lagi mematuhi perintah Allah bahkan ada sebahagian cuba mengubah ciptaan Alllah yang asal...
Dalam kitab suci Al-Qur'an, Allah sudah buat satu kenyataan tegas : " Sesungguhnya Aku Telah Menciptakan Manusia Sebaik-Baik Kejadian " ...
Tetapi ada manusia tidak ikut apa yang sudah diciptakan oleh Allah itu. Ada sebahagian darinya mengubahnya dari pelbagai tempat supaya kelihatan lebih muda dan cantik.Di kalangan wanita apa yang disebut " wanita glamour " sudah ramai yang bertukar wajah...
Tahun lalu, ataupun beberapa bulan lalu, kita lihat wajah mereka ' lain ', tetapi selepas itu kita lihat ' sudah jadi lain ' pula...
Ada yang betulkan ' dagu '. Ada yang betulkan ' hidung '. Ada yang betulkan pipi. Sesetengah darinya yang betulkan kulit muka, dari berkedut kepada tegang...
Sebahagian darinya pula membetulkan hidung. Ada yang memancungkan. Ada pula yang membuang pipis hidungnya dari ' kembang ' kepada ' kuncup ' dan sebagainya...
Sebahagian dari mereka banyak memperbaiki bahagian muka. Bahagian rambut janganlah dikira lagi. Ada pelbagai cara yang dilakukan...
Ada yang ' merah '. Ada yang ' kuning ', ada yang ' putih ', ada yang warna ' perang ', warna ' hijau ' dan sebagainya. Rambut warna ' hitam ' sudah ketinggalan zaman sekarang...
Orang sekarang, kata mereka " tidak pakai rambut hitam. Rambut warna jenis asal ini sudah ketinggalan zaman. Fesyen zaman dulu-dulu. Fesyen zaman sekarang ialah diwarna-warnikan "...
Ada pula yang sambung rambut bila rambut mereka kelihatan pendek dan jarang pula. Perbuatan menyambung rambut dan memakai rambut " palsu " terdapat di kalangan sebahagian wanita ' glamour '...
Hari ini pakai rambut panjang. Esok rambut pendek. Lusa pakai rambuat mengerbang macam 'Pontianak' dan minggu depan rambut ' tercacak ' pula. Pendek kata pelbagai fesyen rambut dipakai zaman sekarang...
Pasal rambut ini, bukan sahaja orang perempuan, bahkan orang lelaki pun ada yang buat fesyen dan buat macam-macam warna...
Mereka tidak faham tentang peranan rambut ini. Mereka tidak tahu di akhirat nanti rambut yang putih ada hikmahnya. Dalam dunia kita merasakan bahawa kita sudah ' tua ' bila rambut di kepala sudah putih. Tetapi di akhirat nanti rambut putih akan menjadi cahaya untuk kita berjalan...
Ketika orang lain berjalan dalam keadaan gelap gelita, lebih-lebih lagi mereka yang mewarnakan rambutnya dari putih menjadi hitam, merah, kuning dan sebagainya, tetapi mereka yang berambut putih di dunia akan menjadi ' cahaya ' yang terang bernderang di akhirat...
Kalau mereka dengar ceramah agama, kalau mereka membaca kitab agama, kalau mendalami ilmu agama, orang-orang jenis ini tidak akan tukar apa yang sudah Allah ciptakan...
No comments:
Post a Comment