Nuffnang

Wednesday, 21 September 2011

Kejadian Ragut...



     Zaman mutakhir ini terlalu banyak peristiwa yang menakutkan dan mengerikan. Penipuan berlaku sana sini. Rasuah berleluasa. Manusia sudah tidak mengenal haram dan halal. Kata orang : ' Asalkan ada insang, ikan...dan kalau ada kepak, burung...... '.
     Manusia sudah tidak ada amanah lagi. Ajaran Allah tidak dipedulikan. Petunjuk Rasulullah diletakkan di tempat yang paling bawah sekali. Mereka yang dipertanggungjawabkan menjaga harta rakyat, harta orang lain berlaku tidak jujur. Mereka pecah amanah. Mereka ' telan ' harta atau ' amanah ' yang telah diamanahkan kepadanya. Mereka ' tipu ' harta orang lain. Mereka ' selewengkan ' wang dana yang diamanahkan kepada mereka untuk menjaga dan menguruskannya.
     ' Samun menyamun ' berlaku di sana sini. Wanita-wanita yang memakai emas dan perak menjadi mangsa ragut penyamun-penyamun bermotosikal. Di kawasan perkampungan Melayu di pinggir-pinggir wilayah terdapat ramai peragut dan penyamun-penyamun yang menggunakan motosikal. Wanita-wanita yang pulang dari kerja, pulang dari masjid dan surau pun menjadi mangsa mereka. Wanita-wanita yang turun dari bas, dari LRT kemudian melalui lorong-lorong sunyi untuk pulang ke rumah akan menjadi sasaran mereka.
     Sama ada pagi, petang, tengah malam, kejadian ragut beg tangan, barang kemas di leher atau pun di tangan dibuat oleh mereka. Pernah berlaku kejadian di mana seorang perempuan sedang berkebun menanam pokok bunga di pinggir rumahnya didatangi oleh seorang pemuda bermotosikal lalu meragut rantai lehernya.
     Pernah juga berlaku kejadian di mana pekerja-pekerja ' penyembor ubat nyamuk untuk membanteras denggi ' sedang menyembur ubat itu, di mana asapnya menjadi semacam kabus berlaku orang ragut rantai leher. Di saat-saat ' kabus tebal ' kerana semburan itu, ada pihak menggunakan kesempatan menyamun. Dalam sekelip mata penyamun meragut dan terus menghilangkan diri di tengah-tengah orang sedang menyembur ubat nyamuk dan di tengah-tengah kabus tebal itu.
     Sekarang ini bukan di luar rumah saja tidak selamat, malah ' dalam kawasan rumah sendiri ' pun tidak selamat. Penyamun ada di mana-mana sekarang.
     Kezaliman berlaku di mana-mana. Bunuh-membunuh antara manusia berlaku di mana-mana. Senjata merbahaya akan dibuat oleh manusia digunakan untuk membunuh manusia juga.
     Rasuah, memakan harta yang tidak halal dan mengambil hak orang lain, merampas harta orang lain dengan cara paksa, memakan titik peluh manusia lain secara haram berlaku dengan luasnya di sana sini. Pemakan-pemakan rasuah haram ini tidak takut lagi dengan undang-undang dan peraturan. Undang-undang Allah tidak dihiraukan.
     Tidakkah mereka yang pemakan rasuah itu tahu bahawa perbuatan rasuah itu kerja haram? Ia bukan saja melibatkan diri sendiri, bahkan melibatkan isteri, anak-anak, ibu bapa mereka di mana diberi makan dari rezeki yang diperolehi dari sumber yang haram?

Monday, 19 September 2011

Mengendalikan Keinginan...






        
        Ada seorang nenek yang ingin membahagiakan cucunya. Suatu hari dia memasak bubur kesukaan cucunya. 1/4 ayam kampung dicampurkan ke dalam bubur tersebut. Ia berharap cucunya akan menikmati bubur kesukaannya itu. Kali ini dia hendak buat kejutan bagi cucunya itu.

      Ketika cucunya pulang dari sekolah, dia terus menghidangkan bubur itu. Melihat bubur kesukaannya, cucunya terus melahapnya. Bubur satu mangkok besar itu dihabiskan sekejap sahaja.

     “Masih ada, nek?” tanya cucunya. Sambil tertawa, nenek menjawab, “ Besok nenek akan masak lagi. Tidak baik kamu makan sebanyak-banyaknya. Kamu akan cepat bosan. Tidak boleh kamu habiskan makanan sebanyak-banyaknya dalam waktu singkat. ”

      Sang cucu tidak begitu percaya akan kata-kata neneknya. Baginya, makanan yang enak itu mesti dihabiskan. Tidak boleh disisakan. Kerana itu, dia memaksa neneknya untuk mengambilkan bubur yang menurut dia masih disimpan oleh neneknya. Rupanya mulutnya sudah tidak tahan untuk melahap bubur kesukaannya.

      Namun tetap saja nenek tidak memenuhinya. Nenek itu mengatakan bahawa cucunya mesti mengendalikan diri. Ia tidak boleh mengikuti keinginannya. “ Keinginanmu itu harus kamu kendalikan. Boleh mengendalikan keinginannya akan menemukan hidup ini sebagai sesuatu yang indah. Ia tidak perlu menderita, kerana terlanjur mengikuti keinginannya, ” kata nenek itu.

      Sahabat, pernahkah Anda berusaha untuk mengendalikan keinginan Anda? Misalnya, Anda ingin sekali makan bakso kepala sapi, namun Anda sedang diet. Kalau Anda makan, Anda akan melanggar diet Anda. Anda sudah tahu akibatnya, iaitu berat badan tubuh Anda tidak akan turun. Atau Anda akan mengalami serangan stroke yang berat. Tentu Anda akan mengalami suatu pergolakan jiwa. Anda dituntut untuk menggunakan kebebasan Anda untuk memutuskan : apakah Anda memilih untuk hidup sihat atau mengalami penderitaan.

      Orang yang mampu mengendalikan keinginan dirinya akan menemukan hidup ini sebagai sesuatu yang menggembirakan. Hidup ini terasa ringan. Orang mampu memutuskan untuk memilih yang baik dan benar bagi hidupnya.  Mengapa? Kerana banyak orang ingin hidup selesa. Padahal hidup yang selesa itu belum tentu membahagiakan. Hidup yang enak boleh menjerumuskan orang ke dalam kegelapan hidup.

      Banyak orang memilih untuk mengikuti keinginan-keinginan mereka. Sebenarnya mereka sedar bahawa keinginan-keinginan itu dapat menjerumuskan hidup mereka ke dalam kebinasaan. Namun mereka kurang peduli. Mereka lebih memilih untuk memenuhi keinginan mereka. Kalau sudah terlanjur, lalu mereka menyesal. Ingat, sesal kemudian tidak berguna.

      Kerana itu, sebagai orang beriman, kita diajak untuk mampu mengendalikan keinginan-keinginan diri kita. Kita mesti sedar bahawa tidak semua keinginan mesti dipenuhi. Ada keinginan yang tidak perlu dipenuhir. Tidak dipenuhi tidak apa-apa. Mari kita berusaha mengendalikan keinginan-keinginan diri kita. Dengan demikian, kita dapat hidup dalam suasana yang baik dan menggembirakan.
Semoga Allah Memberkati Kita Semu.....

Thursday, 15 September 2011

Jawatan Kosong...Diperlukan Segera...




JAWATAN KOSONG

PERMOHONAN DIPELAWA BAGI MENGISI KEKOSONGAN JAWATAN

MAKMUM SOLAT JEMAAH LIMA WAKTU


PENDAPATAN LUMAYAN                        = 27 KALI GANDA PAHALA 5X SEHARI

PERJALANAN                                             = 1 LANGKAH KE MASJID / SURAU =1 PAHALA DAN TERHAPUS SATU DOSA

BONUS BULANAN / MINGGUAN            = KHUTBAH JUMAAT, KULIAH MAGHRIB DAN KULIAH SUBUH

KELAYAKAN:-

BALIGH, LELAKI DAN PEREMPUAN, TIDAK GILA DAN UZUR SYAR’IE

TEMUDUGA:-


DI MASJID & SURAU BERDEKATAN KEDIAMAN ANDA
WAKTU / MASA : SUBUH, ZOHOR, ASAR, MAGHRIB DAN ISYAK

TARIKH TUTUP:-

SEBELUM MATI ATAU TIBA HARI KIAMAT




Wednesday, 14 September 2011

Asal Usul Nama Batu Gajah : Mangsa Sumpahan...

   


     Pada suatu ketika dahulu, Sang Kelembai sedang bersedih. Anak Sang Kelembai baru meninggal dunia akibat ditimpa pokok tumbang.
     Sang Kelembai amat sayang kepada anaknya itu. Dia tidak dapat menerima kenyataan. Sepanjang hari, Sang Kelembai mengangis sahaja. Sang Kelembai cuba mengubati kesedihan dengan bersiar-siar di sepanjang sungai. Tiba-tiba Sang Kelembai bertemu dengan tiga ekor gajah.
     Ketiga-tiga ekor gajah itu ialah gajah gemuk, gajah kurus dan gajah bergading pendek. Mereka sedang mandi di sebatang sungai. Ketiga-tiga ekor gajah itu memiliki sifat yang buruk. Mereka suka mengata dan mencaci binatang lain. Mereka tidak tahu menjaga hati rakan-rakan mereka.
     " Monyet jiranku itu memang tidak pandai melompat. Entah berapa kali aku melihatnya jatuh? ", kata gajah kurus kepada rakan-rakannya itu. " Alangkah bodohnya monyet itu! ".
     Sebaik sahaja ternampak Sang Kelembai, gajah bergading pendek mencemuh, " hodoh sungguh Sang Kelembai. Apa yang dibuatnya di sungai ini? ". " Kau ini macam ditinggalkan suami saja ", sindir gajah kurus pula. " Kalau tidak pandai menjaga suami, tentu suami lari! ". Gajah-gajah lain pun tertawa.
     " Anakku baru meninggal dunia ", kata Sang Kelembai dengan nada yang sayu. " Aku masih ingatkan anakku. Aku amat sedih ".
     " Kalau tidak pandai menjaga anak, tentu anak kau mati! ",ejek gajah gemuk pula. " Lain kali jangan biar anak kau merayau, takut dipatuk ular! ", kata gajah kurus.
Ketiga-tiga ekor gajah itu terus mencaci dan menyindir Sang Kelembai. Akhirnya Sang Kelembai berasa hilang sabar. Sang Kelembai naik angin. " Nasib baiklah aku sudah bejanji dengan diriku untuk tidak menegur binatang-binatang lain ", kat Sang Kelembai kepada gajah-gajah itu.
     " Kalau tidak, apa yang kau akan tegur? ", cemuh gajah kurus. " Kamu bertiga menjadi batu! ", kata Sang Kelembai dengan marah.
     Tidak dengan semena-mena, ketiga-tiga ekor gajah itu terkena sumpahan Sang Kelembai lalu bertukar menjadi batu. Sejak itu, tempat itu dikenali sebagai Batu Gajah.

Tutup Aurat...

Adik : abg tahu x bila perempuan yg tak suka tutup aurat akan mula menutup auratnya dgn sempurna ??
Abg : masa haji kot adik,
Adik : salah...cuba teka lagi,
Abg : masa kawin ??
Adik : Salah jugak, teka la lagi
Abg : apa dia dik ?? abg tak th la.
Adik : tadi ustazah cakap kat skolah , perempuan yang tak suka menutup auratnya akan menutup auratnya dengan sempurna apabila dia diKAFANKAN .. maka akan tutup buat selamanya..
 
Renung2kan lah..

Tuesday, 13 September 2011

Teka Lawak 5...



Soalan...
Kalau semua manusia jadi ikan, ikan jadi apa?
Jawapan...
Jadi banyak la...huhuhuhu

Pala Malaysia 2011 : Malam Ini Terengganu Tumpas di Tangan Negeri Sembilan...



 Malam Ini Terengganu Tumpas kepada Negeri Sembilan...

Kenapa?

Peluang sudah cerah kepada Negeri Sembilan ke Suku Akhir Piala Malaysia...

Teka Lawak 4...





Soalan...
Sungai apakah yang tiada air?

 Macam-macam jawapan yang diberikan...
Ada yang menjawab Sungai Kering laaa..
Ada juga menjawab Sungai Cetek laaa...
Ada juga menjawab sungai yang tiada air...

Macam-macam laaaaa...

Jawapannya Adalah:-

" Sungai Di Dalam Peta " .....huhuhuhuhuhu

Follow Me...



Salam...

Kepada Sahabat Blogger, Twitter & Facebook...
Kalau nak tengok artikel & cerita menarik join n follow la my blog:-

TQ

Jangan Diubah Ciptaan Allah...

    

     
     Pada akhir zaman ini, bukan sahaja manusia tidak lagi mematuhi perintah Allah bahkan ada sebahagian cuba mengubah ciptaan Alllah yang asal...
     Dalam kitab suci Al-Qur'an, Allah sudah buat satu kenyataan tegas : " Sesungguhnya Aku Telah Menciptakan Manusia Sebaik-Baik Kejadian " ...
     Tetapi ada manusia tidak ikut apa yang sudah diciptakan oleh Allah itu. Ada sebahagian darinya mengubahnya dari pelbagai tempat supaya kelihatan lebih muda dan cantik.Di kalangan wanita apa yang disebut " wanita glamour " sudah ramai yang bertukar wajah...
     Tahun lalu, ataupun beberapa bulan lalu, kita lihat wajah mereka ' lain ', tetapi selepas itu kita lihat ' sudah jadi lain ' pula...
     Ada yang betulkan ' dagu '. Ada yang betulkan ' hidung '. Ada yang betulkan pipi. Sesetengah darinya yang betulkan kulit muka, dari berkedut kepada tegang...
     Sebahagian darinya pula membetulkan hidung. Ada yang memancungkan. Ada pula yang membuang pipis hidungnya dari ' kembang ' kepada ' kuncup ' dan sebagainya...
     Sebahagian dari mereka banyak memperbaiki bahagian muka. Bahagian rambut janganlah dikira lagi. Ada pelbagai cara yang dilakukan...
     Ada yang ' merah '. Ada yang ' kuning ', ada yang ' putih ', ada yang warna ' perang ', warna ' hijau ' dan sebagainya. Rambut warna ' hitam ' sudah ketinggalan zaman sekarang...
     Orang sekarang, kata mereka " tidak pakai rambut hitam. Rambut warna jenis asal ini sudah ketinggalan zaman. Fesyen zaman dulu-dulu. Fesyen zaman sekarang ialah diwarna-warnikan "...
     Ada pula yang sambung rambut bila rambut mereka kelihatan pendek dan jarang pula. Perbuatan menyambung rambut dan memakai rambut  " palsu " terdapat di kalangan sebahagian wanita ' glamour '...
     Hari ini pakai rambut panjang. Esok rambut pendek. Lusa pakai rambuat mengerbang macam 'Pontianak' dan minggu depan rambut ' tercacak ' pula. Pendek kata pelbagai fesyen rambut dipakai zaman sekarang...
     Pasal rambut ini, bukan sahaja orang perempuan, bahkan orang lelaki pun ada yang buat fesyen dan buat macam-macam warna...
     Mereka tidak faham tentang peranan rambut ini. Mereka tidak tahu di akhirat nanti rambut yang putih ada hikmahnya. Dalam dunia kita merasakan bahawa kita sudah ' tua ' bila rambut di kepala sudah putih. Tetapi di akhirat nanti rambut putih akan menjadi cahaya untuk kita berjalan...
     Ketika orang lain berjalan dalam keadaan gelap gelita, lebih-lebih lagi mereka yang mewarnakan rambutnya dari putih menjadi hitam, merah, kuning dan sebagainya, tetapi mereka yang berambut putih di dunia akan menjadi ' cahaya ' yang terang bernderang di akhirat...
   Kalau mereka dengar ceramah agama, kalau mereka membaca kitab agama, kalau mendalami ilmu agama, orang-orang jenis ini tidak akan tukar apa yang sudah Allah ciptakan...

Monday, 12 September 2011

Petua Elak Mulut Berbau Petai...

   



     Menjamah hidangan petai memang menyelerakan tetapi merisaukan kerana baunya yang kurang enak dan selesa untuk berkomunikasi...
     Bagi menghilangkan bau petai tersebut, ambil satu sudu beras dan kunyah hingga hancur. Kemudian minum air masak seperti biasa.Insya Allah mulut tidak akan berbau petai lagi...
   
     Selamat Mencuba...

Ibu...



Oh Ibu...
Kau Disiram Bayu Pagi...
Kehilangan Kini & Kesepian...
Kuharapkan Hasratku Ini...
Masih Belum Sempat...
Ku Buktikannya Padamu...
Ibu Tersayang...
Ku Curahkan Rasa Hati...
Ku Tatapi Potretmu Berulang Kali...
Ku Renungkan Kalimah Yang Diberi...
Tuhan Yang Esa...
Ampuni Dosa Ibu...
Tempatkan Mereka...
Di Antara Kekasih-Kekasihmu...
Oh Ibu...
Kau Kasih Sejati...
Ku Taburkan Doa Untukmu Ibu...
Ampunilah Dosaku Sejak Ku Dilahirkan...
Hingga Akhir Hayatmu...
Di Saat Ini...
Ku Teruskan Tanpa Bersamamu Ibu...
Ibu...

How Much Nuffnang Give You Today???


 












 






All My Friends 
How Much U Get Today?

You Can See It...How to Birth...



See That...

Resipi Beef Steak...


RESEPI GRILLED STEAK




4 keping daging Steak
4 sudu besar sos tiram
1 sudu  besar sos cili atau sos tomato
1 sudu makan lada hitam ( di tumbuk halus)
2 ulas bawang putih ( boleh tambah  jika suka )
* Satukan semua bahan dan lumur pada daging. Simpan dalam petisejuk. Peraplah semalaman sebelum daging dibakar.
** Semasa bakar jangan lupa renjiskan dengan sedikit minyak zaitun supaya tidak melekat kerana daging steak tidak banyak lemak.
Untuk Sos Perang ( brown sause ) @ Sos lada hitam
1 labu bawang besar ( potong dadu)
1 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum ( ayak dulu takut macam-macam ada dalam tepung)
1 liter air ( lebih kurang dalam 1 jag kecil )
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )
1 sudu makan sos tomato atau sos cili
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
Sedikit garam
Cara membuatnya
1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.
2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.
3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan.
* jika anda biasa guna kaedah white sos iaitu masak tepung gandum dalam mentega dulu baru masuk bahan-bahan lain boleh juga. Tapi saya lebih suka buat begini je sebab lebih senang.
** Anda boleh juga tambah cendawan dalam tin yang sudah dipotong-potong jika anda mahu.
Selamat mencuba!!!