Nuffnang

Saturday, 14 January 2012

Piala Malaysia: Terengganu Mencatat Kemenangan Pertama...


Malam Ini...
Terengganu Mencatat Kemenangan Pertama...
Menumpaskan Felda United...
Apakah Nasib Pasukan Terengganu
Selepas Ini...
Adakah Semakin Cemerlang @ Sebaliknya?

Monday, 2 January 2012

ABC...Think It...

A-Accepts you as you are,
B-Believes in you,
C-Calls you just to say "Hi!"
D-Doesn't give up on you,
E-Envisions the whole of you!
F-Forgives your mistakes,
G-Gives unconditionally,
H-Helps you when you need a hand!
I-Ignores your little flaws,
J-Just wants to be with you,
K-Keeps you close to their heart,
L-Loves you for who you are!
M-Makes a difference in your life!
N-Never judges unfairly,
O-Offers support,
P-Picks you up when you're down!
Q-Quiets your fears,
R-Raises your spirits,
S-Says nice things about you, and
T-Tells you the truth when you need to hear it!
U-Understands you,
V-Values the good things in you,
W-Walks beside you through sun or rain!
X-Xplains things you don't understand,
Y-Yells when you won't listen, and
Z-ZAPS you back to reality when you need it

Saturday, 31 December 2011

RAHSIA NOMBOR...


 
Setiap orang dilahirkan bersama nombor yang ada pertalian dengan planet. Kedua-duanya akan mempengaruhi tingkah laku seseorang. Kalau seseorang tahu rahsia satu-satu nombor dan dapat menggunakannya dengan betul, insya-Allah dia akan berjaya. Tidak perlu jumpa bomoh-bomoh.

Nombor 1

LAMBANG keunggulan Tuhan. Nombor kemakmuran, keutuhan diri, kekuatan, keberanian dan kekuasaan. Rumah bernombor 1 akan sentiasa makmur. Tetamu suka datang kerana suasana yang tenteram, damai dan tenang. Kalau orang yang bernaung di bawah nombor ini, dia seorang yang berani. Mempunyai pendirian yang kukuh, memiliki kekuatan fizikal dan mental.

Nombor 2

NOMBOR ini bersifat pasangan seperti sejuk lawannya panas. Ia simbol pengesahan, penyaksian, perkaitan, syarat menemukan jawapan semula jadi dan jodoh. Bagi seseorang yang sukar mendapat jodoh, berlindunglah di bawah nombor ini. Tidak perlu jumpa dukun atau mandi di bawah jambatan, cukup sekadar mengingati nombor itu. Untuk lebih mudah, ambil segelas air sejuk mentah atau air kelapa, lebih elok air zamzam. Tuliskan nombor 2 di luar gelas, memadai menggunakan hujung jari. Kemudian minum, ingat nombor itu dan niatkan dalam hati untuk mendapat pasangan yang sesuai. Lakukan tujuh kali atau tujuh hari berturut-turut. Insya-Allah... tak sampai sebulan pasangan yang sesuai akan diperoleh.

Nombor 3

RAHSIA akal, bijaksana, keceriaan, kesuburan, keseimbangan, pembalasan dan penindasan. Bernaung di bawah nombor ini menjadikan anda seorang yang pintar dan bijaksana. Biasanya apabila hendak melakukan sesuatu pekerjaan akal akan berkata-kata sama ada ia baik atau buruk. Boleh menjadi pencipta yang baik tetapi bermula dengan kemusnahan. Setelah melalui beberapa kegagalan baru menikmati kejayaan. Tapi kalau putus asa, habislah! Mudah memiliki sesuatu kekayaan, benda, rumah, kereta atau apa sahaja tetapi mudah pula melepaskannya. Pintar menyelesaikan setiap masalah walaupun terlalu rumit. Seorang yang subur, mempunyai anak ramai dan ibu bapa yang baik. Paling penting mereka ni awet muda.

Nombor 4

NOMBOR ini membawa simbol rupa bentuk, kesempurnaan, kemantapan kedudukan, kewangan dan kehidupan. Lambang kekuasaan, kestabilan dan lengkap. Ia stabil dan tak mudah diganggu-gugat atau dipengaruhi. Kekuatan mereka yang bernombor 4 ialah mampu melihat daya imaginasi. Agakan mereka selalunya tepat dan kalau merancang, insya-Allah berhasil. Ramai arkitek, jurutera dan pereka-pereka bernaung di bawah nombor ini.

Nombor 5

SIMBOL kreatif, intelek, mampu mempengaruhi, pemikir, bijaksana, pengkritik dan tahap intelektual yang tinggi. Kalau menjadi hakim, dia akan laksanakan tugas dengan bijaksana dan dapat menyelesaikan segala masalah, perbalahan, kerumitan dan kesusahan. Kekuatannya adalah pada kata-kata. Mampu mempengaruhi orang lain membuat keputusan. Pandai memujuk, merayu supaya pertelingkahan dapat dileraikan. Jika anda tidak mampu membuat keputusan, ingatkan 5, nescaya mudah semuanya.

Nombor 6

HATI-HATI dengan 6 jika anda lemah semangat, jangan gunakannya kerana syaitan dan iblis mudah merasuk. 666 adalah lambang syaitan - gandaan kelemahan bagi mereka yang lemah semangat. Tetapi 6666 pula adalah kekuatan dan kesempurnaan kerana ia adalah bilangan ayat al-Quran. Kalau nombor peribadi anda 6, anda suka meramal dan boleh meramal dengan tepat. Mulut masin. Suka pada benda ghaib, boleh melihat dan menembusi alam ghaib. Bagi yang belum berkahwin tetapi sudah mempunyai pasangan atau idaman hati cubalah ingatkan 6 dan niatkan pada air seperti nombor 2. Percayalah tidak sampai sebulan niat akan terlaksana.

Nombor 7

INILAH nombor paling baik. Selain itu ia juga lambang pembalasan, memerintah, membangkitkan tenaga dalaman, pelindung, pemusnah dan penghalau hantu. Insya-Allah doa mereka dimakbulkan jika mengulanginya 7 kali. Mereka juga bersifat melindungi dan mampu memerintah dengan baik. Nombor ini digunakan untuk menghalau hantu yang meresap di dalam badan. Caranya mudah - palitkan nombor 7 dengan menggunakan kapur di tempat yang sakit. Ia hanya mujarab dilakukan pada malam 13, 14 dan 15 (bulan penuh). Ataupun pelindung ibu yang sedang sakit bersalin daripada dimasuki iblis.

Nombor 8

ORANG Cina cukup suka nombor ini. Kebanyakan mereka sanggup bayar berpuluh ribu ringgit untuk mendapatkannya - untuk plat kereta atau rumah. Memanglah nombor itu mendorong ke arah menjadi semakin kaya tetapi sampai satu tahap jatuh bankrap. Sebabnya... kerana mereka tidak tahu 8 sebenarnya bermaksud penamat kehidupan. Bagaimanapun nombor ini memang baik jika tahu rahsianya iaitu ia mendorong ke arah kekayaan, kemantapan kehidupan, keadilan, sempurna, lengkap dan akhirnya kematian. Jika anda tidak tahu rahsia 8 jangan sesekali cuba menggunakannya. Dari segi sains oksigen terletak dalam atom 8. Sebab itulah jika tidak cukup oksigen orang akan mati.

Nombor 9

NOMBOR ini lambang kebenaran. Kerana itu polis menggunakan 999? Ia juga lambang tenaga yang kuat. Sebab itulah ia disimbolkan sebagai perjuangan, kepahlawanan, peperangan dan pertikaian. Bagaimanapun mereka yang bernaung di bawahnya mudah terlanjur dalam perbuatan dan percakapan atau suka lepas cakap. Tapi, jangan bimbang... walaupun mudah terlanjur tetapi anda seorang yang cukup sempurna dalam hal ilmu keduniaan. Nombor ini boleh digunakan untuk mencari semula barang hilang. Ingat nombor 9, barang yang hilang akan jumpa semula, jika tersalah simpan!

Nombor 10 atau 0

SIMBOL keabadian Yang Mencipta, Maha Kuasa. Kebesaran yang tidak dapat diukur dengan apa sekali pun. Tidak ada permulaan dan tidak ada pengakhiran - tiada penamat. Ia sentiasa akan berlingkar dalam pusingan yang sama tanpa ada titik akhir. Satu nombor yang cukup kuat, tidak mampu dikalahkan oleh segala ilmu yang ada. Tidak ada orang yang bernaung di bawahnya. Hanya Pencipta memilikinya.

Mengetahui nombor peribadi penting kerana melaluinya kita dapat mengenal diri. Hidup akan lebih teratur, sentiasa berwaspada ketika membuat perhitungan dan insya-Allah... tidak akan wujud penyesalan. Kita tidak perlu mencari Tok Piah, Kam tukang tilik, minyak cenduai Batin Yat atau bertemu bomoh fotostat bagi mencari barang hilang. Anda mampu meramal masa depan sendiri, menghalau hantu, mencari pasangan dan mendapat kekayaan.

Semuanya akan menjadi nyata kalau anda tahu apa rahsia nombor peribadi anda. Nak tahu nombor peribadi? Formula secara ringkasnya: Campurkan tarikh lahir anda. Misalnya: 12-12-1969; 1+2+1+2+1+9+6+9 = 31 (3+1 = 4). Jadi nombor peribadi anda adalah 4.

Tetapi itu bukanlah perkiraan yang tepat. Ia hanya anggaran kasar sahaja. Ujian secara rohani diperlukan kerana hanya kita yang tahu rahsia sendiri.

Wednesday, 28 December 2011

PETUA...


"Sekarang ini, ada pelbagai cara untuk mencantikkan wajah. Terutamanya kaum wanita, pelbagai jenis bahan di gunakan untuk mencantikkan wajah mereka. Sesetengahnya ada mandi bunga, ada yang jumpa bomoh itu dan bomoh ini. Ada pula yang tanam susuk di muka, dan pelbagai cara lagi untuk mencantikkan wajah.

Mari kita ikuti suatu kisah bagaimana seorang pemuda yang sentiasa wajahnya kelihatan tampan, cantik, ceria dan tidak jemu memandangnya.

Pada suatu zaman dulu, ada seorang ulama bernama Al-Ahnaf bin Qais. Dia memang terkenal sebagai ulama besar semasa hidupnya dahulu. Sedang ulama duduk bersama dengan anak-anak muridnya belajar ilmu agama, tiba-tiba datang seorang pemuda berkunjung ke rumahnya.

Pemuda tersebut dari kaum Taiyi. Ketibaan pemuda itu di sambut oleh ulama itu dengan wajah yang manis dan mempersilakan pemuda itu masuk. Setelah memberi salam kepada ulama besar itu, pemuda itu duduk tidak jauh dari ulama tersebut.

Ulama tersebut tentulah tahu bahawa pemuda itu mahu mengikuti kuliah agma yang sedang di sampaikan kepada anak-anak muridnya.
Pemuda itu pula telah mengikuti majlis pengajian dengan penuh kusyuk dan tawadduk. Sebenarnya, rumah ulama besar ini saban hari dan waktu sentiasa diziarahi oleh muri-muridnya dan para sahabatnya.

Mereka bukan sahaja menziarahi ulama besar tersebut, tetapi bertanya, berbincang pelbagai masalah agama. Mereka ini memang mahukan ilmu agama dari ulama ini. Setelah anak muridnya pulang, maka pemuda itu di minta oleh ulama supaya jangan pulang dahulu.

Kedatangan pemuda dari suku Taiyi ini sangat menarik perhatian ulama besar ini. Al-Ahnaf mendapati bahawa pemuda yang ada di depannya dan baru mengunjunginya sangat kacak dan tampan wajahnya. Beliau lalu berbicara dengan pemuda tersebut dengan mengujinya..
   
“Sejak engkau datang tadi. aku melihat wajah engkau sangat tampan”. katanya. Pemuda itu menjawab dengan wajah yang berseri - seri menjawab dengan suara yang rendah. “Tuan! Itu adalah anugerah Allah kepada saya”.

Al-Ahnaf meneruskan lagi pertanyaannya. “Wahai pemuda, adakah engkau menghiasi wajahmu dengan sesuatu?”

Pemuda itu menjawab dengan tenang,” Benar tuan guru! Sesungguhnya saya ada menghiasi wajah saya dengan sesuatu.”

Lalu ulama’ tersebut bertanya lagi. “Apakah benda yang engkau hiasi itu?”

Pemuda itu menjawab. “Hiasannya ialah, kalau saya bercakap, tidak berbohong. Kalau saya berjanji, saya tepati. Kalau saya diberikan sesuatu amanah, saya tidak akan khianati.”

Mendengar jawapan yang paling ringkas dan tepat itu. Al-Ahnaf berkata dengan satu pujian yang sangat besar ertinya. “Benar seperti katamu hai orang muda. Sesungguhnya engkau telah menghiasi dirimu dengan sari akhlak yang terpuji.”

Apakah yang terkandung dalam mesej ini? Cerita ini cuma mahu memberitahu kita tidak perlu mencantikkan wajah kita dengan memakai itu ini, ataupun memakai susuk…

Tiga perkara itu bercakap benar, janji yang di tepati dan tidak khianat sudah cukup untuk menjadikan seseorang itu sebagai yang paling cantik perilaku dan perangainya. Subhanallah….

Tuesday, 20 December 2011

ADUN Bukit Gasing ( Selangor ) Meninggal...



Edward Lee Poh Lin 
















     

     SHAH ALAM - Anggota Dewan Undangan Negeri DAP dari Bukit Gasing, Edward Lee Poh Lin meninggal dunia awal pagi ini kerana penyakit kanser, kata seorang pemimpin veteran akar umbi DAP. Mendiang berusia 61 tahun.

      "Disahkan Edward Lee telah meninggal dunia pagi ini," kata pemimpin berkenaan apabila dihubungi.
     
     Oleh yang demikian, akan berlaku Pilihanraya Kecil pula ke? 

Stadium Runtuh ( Stadium Sultan Mizan ) Akan Dibaiki Tahun Depan ?

     
     STADIUM Sultan Mizan Zainal Abidin yang terbiar akibat struktur bumbungnya runtuh dua tahun lalu akan mula dibaiki awal tahun depan, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said. Beliau berkata, kerajaan negeri mengambil keputusan itu selepas mendapati semakin banyak kerosakan berlaku di stadium itu akibat terlalu lama terbiar.

      “Kita akan mula baiki kawasan padang sebelum membaiki bahagian bumbung stadium,” katanya.
Stadium itu mengalami kerosakan apabila bumbung utama di tempat duduk orang kenamaan runtuh setahun selepas ia digunakan untuk temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2008.

      Selain padang bola sepak, stadium itu juga mempunyai gelanggang skuasy dan bowling.

      Ahmad berkata kerja membaiki bumbung stadium akan mengambil masa kerana banyak struktur sudah rosak dan memerlukan reka bentuk baru.
“ Kita tidak akan buat bumbung biasa dan mungkin kita akan buat bumbung seperti bumbung Stadium Bukit Jalil ( di Kuala Lumpur ) yang lebih ringan,” katanya.

      Mengenai kos baik pulih, beliau berkata ia belum dipastikan lagi.
“Apabila kerja membaik pulih padang siap kelak, aktiviti bola sepak akan dapat dilangsungkan di stadium itu, tapi hanya pada sebelah siang kerana stadium ini masih mengalami masalah lampu limpah,” katanya.

     Katanya Jabatan Kerja Raya akan mengeluarkan tender sebut harga untuk kerja-kerja itu dalam masa terdekat.

JADI APA PANDANGAN ANDA?????

Sunday, 18 December 2011

Barcelona Juara Piala Kelab Dunia FIFA 2011...

  
     Barcelona berjaya menjuarai Piala Kelab Dunia Fifa 2011 dengan kemenangan 4-0 dengan menewaskan Santos dalam perlawanan akhir tadi....Gol Barcelona dijaringkan oleh Messi (17,83), Xavi (25), Fabregas (44)...
     Neymar dapat hantaran cantik melepasi pertahanan Barcelona tapi terlepas peluang menjaringkan gol selepas sepakannya berjaya dihalang Victor Valdes penjaga gol Barcelona... 
     Javier Macherano pemain Barcelona menerima kad kuning pertama perlawanan dalam perebutan bola dengan Neymar...Edu Dracena ketua pasukan Santos menerima kad kuning setelah mengasari menghalang pergerakan Lionel Messi yang mengelecek bola ke kawasan Santos pada minit ke-74 perlawanan...
     Lionel Messi menjaringkan gol keempat Barcelona setelah mendapat hantaran dari Danial Alves menggelecek penjaga gol Santos pada minit ke-83 perlawanan...