Nuffnang

Monday, 5 December 2011

Kenapa Kaki Jadi Camtu?


Apa Yang Telah Berlaku...
Kepada Tuan Punye Kaki Ini...
Apa Sebabnya Berlaku Camtu?
Adakah Anda Nak Jadi Camni?

Sunday, 4 December 2011

Tak Sabar Nak Balik Ni...


Camne Kawan-Kawan...
Mesti Tak Sabar Nak Balik Blake Kan?
Sabar...Sabar...
Masa Akan Tiba...
Ape-Ape Pun...
Rumah Menanti Kawan-Kawan...
Enjoy Yourself...

Saturday, 3 December 2011

Peristiwa Penting ( 10 Muharram )...

Tanggal 10 Muharram dinamakan juga hari Asyura kerana pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi pejuang yang gigih menegakkan syiar islam.
Peristiwa yang berlaku pada hari Asyura:
* Allah jadikan 7 petala langit dan 7 petala bumi.
* Allah jadikan bulan,bintang,matahari dan cakrawala.
* Allah jadikan Arasy,Loh Mahfuz,Kalam dan Malaikat.
* Allah mencipta Nabi Adam Alaihissallam.
* Allah menjadikan Siti Hawa.
* Allah menjadikan Syurga.
* Dimasukkan Nabi Adam ke dalam Syurga.
* Taubat Nabi Adam diterima Allah.
* Nabi Noh diselamatkan oleh Allah keluar dari bahtera setelah bumi tenggelam selama enam bulan.
* Nabi Ibrahim dilahirkan dan 10 Muharram juga Baginda diselamatkan Allah daripada pembakaran Raja
Zamrud.
* Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
* Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
* Pengelihatan Nabi Yaakob yang buta dipulihkan oleh Allah.
* Nabi Ayub dipulihkan oleh Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
* Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan setelah berada didalamnya selama empat puluh hari dan empat puluh malam.
* Laut merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa bersama pengikutnya daripada tentera Firaun.
* Firaun dan pengikutnya tenggelam kedalam lautan tersebut.
* Nabi Sulaiman dikurniakan Allah Kerajaan yang besar.
* Hari pertama Allah mencipta alam dan menurunkan hujan.
Amalan-amalan sunat pada Hari Asyura:
* Berpuasa-Pahalanya seperti mengerjakan haji dan umrah dan mati syahid.
* Mandi dan membersihkan diri-Nescaya hatinya tidak akan mati dan tidak akan jatuh sakit pada tahun itu kecuali mati.
* Melebihkan perbelanjaan dalam keluarga-Diluaskan Allah rezekinya serta beroleh keamanan dan kesihatan.
* Mengusap kepala anak yatim dan menaruh belas kasihan terhadap mereka- Diangkat oleh Allah darjatnya kesyurga.
* Sesiapa yang berbuat baik terhadap anak yatim pada hari Asyura, seolah-olah ia telah berbuat baik kepada semua anak yatim.
* Menziarahi orang alim (banyak ilmu) dan belajar sesuatu ilmu daripadanya-Pahalanya seperti orang Muhajirin dan Ansar.
* Menziarahi orang sakit – Pahalanya seolah-olah ia telah menziarahi semua orang yang sedang sakit.
* Bersedekah – Pahalanya sepertiu bersedekah satu tahun kepada zuriat Nabi Adam dan seolah-olah ia tidak pernah menolak permintaan orang yang meminta kepadanya seumur hidup.
* Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali–Doanya dimakbulkan Allah.
* Sunat bercelak mata – InsyaAllah tidak terkena sakit mata atau matanya dilindungi Allah daripada perkara maksiat.
* Sunat menginai dan mengerat kuku.
* Menjamu dan memberi minum kepada orang-Allah akan memberi seteguk air pada hari akhirat dimana dengan seteguk air itu tidak akan haus buat selama-lamanya.
* Solat sunat 4 rakaat 1 salam pada waktu Asar – Diampunkan Allah dosanya selama 50 tahun terdahulu dan terkemudian.
* Memperkukuhkan silaturrahim – Insya Allah dipanjangkan usianya.
* Memperbanyakkan Zikir dan Selawat.

Bapa Tak Berhati Perut

Hanya kerana tidurnya terganggu selepas tidak tahan mendengar tangisan bayinya yang sedang kelaparan, seorang bapa secara tiba-tiba ‘ naik angin ’ sebelum menendang bayi perempuan di rumahnya, di Pulau Pinang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi, lelaki terbabit turut menghempaskan bayinya yang berusia sembilan bulan ke atas tilam sebelum isteri yang menyedari kejadian terbabit cuba masuk campur untuk meredakan keadaan.


Bukan saja bayi menjadi mangsa, malah isterinya juga terpaksa menerima padah apabila ditendang suaminya itu hingga terpaksa meminta pertolongan daripada ibu mentua yang turut tinggal serumah dengan mereka.
 
Menurut sumber, kejadian malang yang menimpa bayi itu berlaku ketika ibunya pergi ke dapur untuk membancuh susu dan meninggalkan anaknya itu bersama suami yang sedang tidur di dalam bilik.

Ketika itu, lelaki terbabit sedang nyenyak tidur dan bayinya yang kelaparan menangis sebelum bapanya terbangun dan menengking bayinya. 

Lelaki terbabit yang masih tidak berpuas hati kemudian terus menendang bayi berkenaan dan ketika itu isterinya cuba masuk campur untuk menenteramkan keadaan namun dia turut ditendang suaminya.

Keadaan mulai reda selepas ibu lelaki itu mengambil cucunya itu sebelum membawa ke Hospital Pulau Pinang ( HPP ) untuk rawatan lanjut.

Berikutan kejadian itu, bayi berkenaan mengalami lebam di muka dan juga kesan calar di belakang badan dan terpaksa dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut.

Ibu bayi terbabit kemudian membuat satu laporan berhubung kejadian itu dan polis sudah mengambil keterangan daripadanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ahmad Bakhtiar Kassim mengesahkan menerima laporan yang dibuat wanita berkenaan dan setakat ini polis masih menjalankan siasatan lanjut mengenainya. 

Siasatan awal mendapati bayi itu tidak mengalami kesan kecederaan dalaman. Bapanya bertindak sebegitu mungkin kerana tidak tahan mendengar tangisan yang mengganggu tidurnya.
 
Bagaimanapun, tiada tangkapan dilakukan berikutan lelaki terbabit tiada di rumah dan kita masih mengesannya bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Friday, 2 December 2011

Buat Apa Kawan2?


Salam Kawan-Kawan...
Buat Apa 2?

Tindakan Pantas Anak Berjaya Cekup Perompak...

 

Tindakan bijak seorang anak menghubungi bapanya memaklumkan terlihat kelibat seorang lelaki berada di ruang dapur rumahnya menyebabkan lelaki berkenaan berkaya diberkas.

 Kejayaan tersebut hasil tindakan pantas bapa kanak-kanak tersebut yang mememaklumkan maklumat diterima anaknya kepada pihak polis.

Menyedari kehadiran lelaki berkenaan, anak pemilik rumah berkenaan bertindak masuk ke dalam bilik untuk bersembunyi sebelum menelefon bapanya yang berada di pejabat.
 
Setelah mendapat panggilan daripada anaknya mengenai kejadian itu, pemilik rumah berkenaan yang berusia 61 tahun segera bertindak menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan.
 
Polis yang menerima laporan segera ke tempat kejadian dan berjaya memberkas seorang lelaki berusia 34 tahun yang cuba melarikan diri setelah melihat kehadiran polis.
 
Berdasarkan siasatan lanjut, polis percaya lelaki berkenaan memasuki rumah dengan mengumpil tingkap dapur belakang rumah.
 
Setelah berjaya memasuki rumah berkenaan, suspek bertindak menggeledah ruang dapur untuk mencari barangan berharga tanpa menyedari terdapat anak pemilik di rumah berkenaan.

 Mungkin terlalu leka mencari barangan menyebabkannya terleka dan tindakan anak pengadu yang bersembunyi dalam bilik sebelum menelefon bapanya adalah satu tindakan bijak. 

 Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Thursday, 1 December 2011

Bilakah PRU 13?


Rakyat Malaysia...
Bilakah Agaknya PRU 13...
Apakah Yang Akan Berlaku...
Banyak Parti Yang Akan Bertanding...
Untuk Mentadbir Negara Malaysia...
Adakah UMNO Akan Mengekalkan Pemerintahan...
Ataupun PAS Yang Akan Mengepalai Pentadbiran Purajaya...
Ataukah PKR...
Kita Sama-Sama Tunggu...
Saat-Saat Yang Akan Tiba...
PRU 13...
Kitalah Yang Akan Menentukan...
Mana 1 Parti Yang Akan Mentadbir...
MALAYSIA...